Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Peta transformasi pekerjaan sektor teknologi dilancar

Oct 14, 2022 | 05:30 AM



PENGUASA Pembangunan Infokom Media (IMDA) melancarkan Perancangan Perubahan Pekerjaan (JTM) bagi Teknologi Perhubungan dan Maklumat semalam untuk mengubah pekerjaan dan kemahiran bagi tenaga kerja dalam sektor itu.



IMDA akan melantik rakan-rakan latihan, yang diketuai oleh Institut Pengajian Tinggi (IHL) untuk bekerjasama dengan syarikat-syarikat dan membangunkan program-program latihan semula.



Ini diumumkan Menteri Perhubungan dan Penerangan, Cik Josephine Teo semalam di Pesta Pembelajaran 5G yang diadakan di Universiti Nasional Singapura (NUS) semalam.



"Rakan latihan akan menyediakan sokongan tambahan kepada para pekerja yang terjejas teruk, seperti penempatan semula dan latihan sambil bekerja yang disesuaikan." jelas beliau.



IMDA semalam mengeluarkan satu kajian yang menunjukkan di antara 13 peratus pekerjaan daripada peranan infokom dan media yang berisiko hilang dalam tiga hingga lima tahun.



Di antaranya ialah pekerjaan sebagai jurutera infrastruktur, pengurus aset digital dan pengendali media linear.



Ini disebabkan oleh peningkatan penggunaan kecerdasan buatan (AI) dan automasi.



Kajian itu menyatakan bahawa pekerjaan yang kini diperlukan adalah dalam bidang kejuruteraan perisian, pengkomputeran awan dan analitik data dan ini memerlukan tenaga kerja infokom di Singapura untuk meningkatkan kemahiran mereka.



Cik Teo berkata JTM akan membimbing para majikan mereka bentuk semula pekerjaan bagi pekerja-pekerja yang terjejas.



Beliau juga berharap majikan akan menyediakan latihan yang diperlukan untuk para pekerja mengambil peranan pekerjaan yang sedang berkembang atau yang baru muncul.



"Kami mempunyai tiga kunci utama: meningkatkan kemahiran tenaga kerja kami secara keseluruhan dengan kemahiran digital yang diperlukan; membantu tenaga kerja maklumat dan komunikasi untuk kekal berdaya saing; dan bekerjasama dengan industri-industri untuk meningkatkan usaha kemahiran semula," kata beliau.



JTM ditubuhkan selepas sektor-sektor lain seperti pengangkutan darat, perakaunan dan perkhidmatan kewangan telah menubuhkan JTM sedemikian bagi sektor mereka.



Rancangan sedang dilakukan untuk menubuhkan JTM bagi tujuh lagi sektor termasuk runcit, pembinaan dan pengurusan rantaian bekalan.



JTM mengenal pasti peranan pekerjaan yang berimpak tinggi dan berkemungkinan akan digantikan atau digabungkan dengan peranan lain.



Ia juga mengenal pasti pekerjaan berimpak sederhana yang akan berevolusi untuk menjalankan tugas baru atau tambahan.



Pekerjaan berimpak rendah adalah mereka yang akan menjalani perubahan yang minimum.



Bagi sektor infokom, peranan seperti jurutera infrastruktur dan jurutera bermutu amat terjejas oleh teknologi seperti pengawanan dan AI.



Tugas sedemikian boleh disalurkan kepada penyedia perkhidmatan, secara automatik melalui teknologi, atau digabungkan bersama fungsi-fungsi lain, kata kajian itu.



Peranan yang mempunyai kesan sederhana seperti jurutera sokongan bagi pangkalan data dan pengurus produk juga terjejas oleh trend yang sama tetapi para pekerja boleh memperoleh kemahiran baru untuk mengambil tugas-tugas baru.



Pekerjaan yang berimpak rendah seperti arkitek perusahaan dan jurutera keselamatan akan memerlukan para pekerja untuk memperoleh pengetahuan teknologi terkini dalam bidang tersebut.



Bagi industri media, tugas yang tidak memerlukan input kreatif akan diautomasi oleh teknologi dan peranan seperti pengurus aset digital dan pengendali media linear menghadapi risiko anjakan.



Penyunting video dan penerbit permainan akan dapat sumber luar tugas-tugas yang perlu dilakukan berulang kali kepada mesin tetapi mereka masih perlu untuk menyelia automasi teknologi itu.



Pengarah filem, artis 3D dan artis teknikal permainan utama kekal sebagai peranan yang sangat strategik kerana mereka mempunyai kemahiran kreatif.



Kajian itu menekankan bahawa banyak pertubuhan menghadapi kesukaran mengambil bakat tempatan yang sudah dilengkapi dengan kemahiran yang diperlukan untuk melaksanakan dan membangunkan huraian teknologi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >