Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Piano jadi 'terapi' kanak-kanak autisme

Dec 08, 2022 | 05:30 AM



GARA-GARA autisme, Naseer Gampang Puruhita, lima tahun, sukar menumpukan perhatian semasa mula belajar bermain piano.



Pernah juga dia 'kebuntuan' dan rasa seperti mahu sahaja berhenti daripada belajar bermain alat muzik itu.



Namun kanak-kanak ini 'menemui' keseronokan apabila berjaya menghasilkan irama hasil permainan satu jari saja. Daripada satu jari, Naseer teruskan latihan dan kini boleh menghasilkan lagu menggunakan jari jemari daripada kedua-dua belah tangannya.



Esok, Naseeri antara kanak-kanak istimewa yang akan membuat persembahan piano di The Enabling Village - yang juga satu kejayaan besar untuk mereka sekeluarga.



"Pada mulanya Naseer sukar beri tumpuan... tapi kini dia seronok dapat bermain piano dan anggap kelas itu sebagai sesi terapi," ujar ibunya, Cik Ayu Suparman.



Anaknya itu dibimbing bermain piano oleh guru dari The Radiant Spectrum - sebuah pusat pendidikan muzik pertama bagi kanak-kanak berkeperluan khas.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >