Subuh
5:30
Syuruk
6:52
Zuhur
12:55
Asar
4:18
Maghrib
6:55
Isyak
8:09

Pilih kerjaya untuk sumbang semula kepada masyarakat

Teka Kata
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Markah anda: Bagus! Markah anda: Hebat! Markah anda: Out Of 3
Setempat
27
0

Pilih kerjaya untuk sumbang semula kepada masyarakat

Sep 21, 2022 | 05:30 AM

DIBESARKAN dalam keluarga kurang berkemampuan, Cik Zizie Zuzantie Mohamed Said cukup bersyukur kerana mendapat banyak sokongan daripada masyarakat ketika beliau membesar.

Ini termasuk sokongan bagi pengajiannya di sekolah melalui dermasiswa serta biasiswa yang diagihkan oleh badan-badan amal.

Memahami kepentingan pendidikan sejak kecil lagi, Cik Zizie pada mulanya ingin menjadi seorang guru untuk memupuk generasi akan datang.

Namun, melalui peluang menjadi relawan bersama Parti Tindakan Rakyat (PAP) di sesi bertemu penduduk (MPS) dan pusat yang memberi sokongan kepada mereka yang tidak mempunyai tempat berteduh, Homeless Hearts of Singapore, beliau akhirnya memilih untuk menceburi sektor perkhidmatan sosial untuk menyumbang tenaga kepada masyarakat dan memperkasa mereka yang memerlukan.

Cik Zizie, 32 tahun, kini merupakan Penolong Pengarah Hasil dan Standard di Majlis Perkhidmatan Masyarakat Kebangsaan (NCSS).

Cik Zizie merupakan antara 30 individu yang sumbangannya kepada Singapura ditonjolkan dalam siri 'Stories From The Heart' oleh NCSS hasil kerjasama dengan SSA, kakitangan dan relawan NCSS.

Sebagai seorang sukarelawan, ia banyak memberi peluang baginya untuk membantu golongan yang memerlukan.

Malah, ia juga membolehkannya berfikir mengenai bagaimana beliau dapat menyumbang kepada masyarakat dan memberikan kesan yang lebih besar.

"Ketika saya membesar, saya memang tahu bidang apa yang ingin saya ceburi.

"Antaranya adalah pendidikan atau membangunkan dasar yang boleh membantu kanak-kanak untuk melengkapkan pengalaman pendidikannya.

"Tetapi melalui latihan amali dan peluang relawan saya di sesi MPS, saya pelajari lebih banyak tentang sektor perkhidmatan sosial dan ia meningkatkan minat saya dalam bidang itu," katanya.

Perjalanannya dalam bidang sosial bermula di NCSS bersama pasukan perkhidmatan pada 2013, khususnya dalam Perkhidmatan Belia dan Keluarga Kanak-Kanak.

Kini, tugasnya di NCSS termasuk meninjau bagaimana program berbeza yang disediakan Agensi Khidmat Sosial (SSA) dapat membaiki masyarakat serta memastikan mutu program adalah tinggi.

Baru sahaja menyambut tahun kesembilan bersama NCSS bulan ini, Cik Zizie berkata beliau dan pasukannya sering mencari cara untuk terus memperbaiki sektor ini.

Namun, beliau menghadapi beberapa cabaran untuk mencapai matlamat tersebut.

"Apabila kita ingin menggerakkan sektor ke hadapan, atau membawa masuk sokongan korporat serta penderma lain, terdapat jangkaan yang dipertingkatkan terhadap program dan intervensi yang ditawarkan.

"Cabaran terbesar saya adalah bagaimana kita boleh menunjukkan kesan dan hasil program yang kita sokong ini," katanya.

Selain daripada bertugas di NCSS, anak bongsu dari keluarga tiga beradik ini turut meluangkan masa lapangnya berkhidmat kepada negara sebagai pasukan keselamatan tambahan.

Laporan lanjut :Sekitar siri 'Kisah dari Hati' sempena ulang tahun ke-30 Majlis Perkhidmatan Masyarakat Kebangsaan

Video Baru

Teka Kata

=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3