Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pilihan kerjaya lebih luas bagi graduan ITE dengan tawaran diploma baru

Dec 09, 2022 | 05:30 AM



EMPAT Diploma Bekerja-Belajar (WSDip) dan tiga Diploma Teknikal baru akan ditawarkan kepada pelajar Institut Pendidikan Teknikal (ITE) tahun depan bagi membuka pilihan kerjaya yang lebih pelbagai untuk graduannya.



Demikian diumumkan oleh Menteri di Pejabat Perdana Menteri yang juga Menteri Kedua (Ehwal Luar merangkap Pendidikan), Dr Mohamad Maliki Osman, di majlis tamat pengajian Diploma Bekerja-Belajar ITE semalam.



Katanya, secara keseluruhan, enam Diploma Teknikal dan 40 WSDip yang akan ditawarkan oleh ITE dijangka menyediakan kira-kira 1,400 tempat pada 2023.



Dengan adanya tambahan tempat ini, beliau menjelaskan bahawa ia akan membolehkan lebih daripada 10 peratus lulusan ITE maju ke arah mengambil pensijilan diploma bersama ITE.



"Hari ini, ITE menawarkan program WSDip dan Diploma Teknikal untuk menawarkan pelajar mereka dengan laluan menaik taraf di mana mereka boleh belajar dengan melakukannya secara fizikal.



"Kursus dalam kedua-dua program diploma adalah berasaskan perantisan dan disampaikan secara perkongsian dengan industri.



"Mereka menyediakan peluang untuk lulusan ITE Nitec dan Nitec Tinggi untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat diploma melalui penguasaan kemahiran dan latihan," kata Dr Maliki, yang meraikan pencapaian 371 pelatih daripada 22 program WSDip yang telah tamat pengajian mereka pada hujung September lalu.



Daripada jumlah itu, 18 pelatih turut menerima pingat atas pencapaian cemerlang mereka.



ITE bakal lancar 4 program baru Diploma Bekerja-Belajar



Sejak penubuhannya, program Diploma Bekerja-Belajar (WSDip) telah berkembang dengan ketara daripada empat program dan 100 pelatih pada 2018 ke 36 program merentas pelbagai sektor industri dengan lebih 2,400 pelatih mendaftar masuk pada 2022.



Berdasarkan kejayaan program tersebut dan permintaan kukuh WSDip, Institut Pendidikan Teknikal (ITE) akan melancarkan empat program WSDip baru pada April tahun depan untuk memenuhi keperluan industri.



Antaranya termasuk WSDip dalam Pertanian dan Teknologi Akuakultur; Pengurusan Pengalaman Pelanggan; Pengurusan Kemudahan; dan Operasi Keselamatan.



Tempoh bagi menjalani WSDip ini selama dua tahun setengah.



Menurut Dr Maliki, program tambahan ini akan meningkatkan jumlah kursus WSDip yang ditawarkan kepada 40, dengan 1,200 tempat ditawarkan pada 2023.



Ini sedang ITE merancang menawarkan 1,500 tempat WSDip setahun menjelang 2025.



"Saya berharap lebih banyak syarikat akan mempertimbangkan untuk menawarkan program WSDip ITE bagi membina saluran bakat mereka, sambil menyediakan peluang untuk lulusan ITE meningkatkan kemahiran ke tahap diploma," kata Dr Maliki.



Semasa majlis itu semalam, beliau turut mengumumkan tiga Diploma Teknikal baru yang juga akan bermula pada masa yang sama tahun depan.



Ini termasuk Diploma Teknikal dalam Hospitaliti dan Pengurusan Hotel yang akan ditawarkan dengan kerjasama EHL Sekolah Perniagaan Hospitaliti Switzerland; serta Diploma Teknikal dalam Pengurusan Kecantikan dan Kesejahteraan; dan Diploma Jurutera Teknikal dalam Kejuruteraan Awam dan Struktur yang dibangunkan dengan kerjasama Majlis latihan Vokasional (VTC) Hong Kong.



EHL Sekolah Perniagaan Hospitaliti Switzerland merupakan antara sekolah pengurusan hospitaliti terbaik di dunia, manakala VTC adalah vokasional terbesar dan penyedia pendidikan dan latihan profesional di Hong Kong, selain rakan kongsi lama ITE.



Tempoh bagi menjalani Diploma Teknikal ini mengambil masa dua hingga dua tahun setengah.



Menekankan pentingnya pendekatan kolaboratif, Dr Maliki berkata syarikat dan mentor di bawah program itu merupakan rakan kongsi utama dalam ekosistem latihan sambil bekerja (OJT).



"Hari ini lebih 500 syarikat telah melibatkan diri dalam latihan bersama pelatih WSDip ITE.



"Mereka bekerja rapat dengan ITE untuk bersama mereka bentuk, menyampaikan dan menilai kurikulum OJT, menyediakan penyelia syarikat, jurulatih dan mentor untuk membimbing dan membangunkan pelatih.



"Penglibatan sedemikian memerlukan komitmen dan sumber, tetapi membolehkan syarikat memenuhi keperluan tenaga kerja mereka dengan lebih baik serta keperluan kemahiran," ujarnya sambil mengalu-alu lebih banyak syarikat lain bekerjasama bersama ITE untuk menawarkan lebih banyak tempat latihan bagi pelatih WSDip.



Antara mereka yang berminat menceburi salah satu Diploma Teknikal baru tahun depan adalah Cik Iynara Syara Ufairah Mohd Fazil.



Mempunyai minat untuk melanjutkan pengajiannya dalam Diploma Jurutera Teknikal dalam Kejuruteraan Awam dan Struktur, Cik Iynara berkata beliau mempunyai minat dalam reka bentuk bangunan dan ingin mempelajari lebih lanjut mengenai industri pembinaan.



Melalui program itu, beliau berharap dapat memperoleh kemahiran mendalam dan pengalaman praktikal dalam reka bentuk pembinaan bangunan.



"Ia juga akan memberi saya permulaan yang lebih kukuh apabila saya menyertai industri tersebut dalam masa akan datang," ujar pelajar tahun kedua Nitec Tinggi Kejuruteraan Awam dan Struktur itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >