Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pilihan Raya Presiden: Usul bagi dua lagi cara mengundi

Feb 06, 2023 | 09:15 PM





WARGA Singapura yang menetap di luar negara mungkin dapat mengundi menerusi pos dalam Pilihan Raya Presiden akan datang, dalam usaha meningkatkan akses mengundi untuk golongan itu. 


Stesen membuang undi khas pula boleh ditubuhkan dalam premis rumah penjagaan, dan pasukan mengundi bergerak boleh ditugaskan untuk memudahkan pengundi yang tinggal di rumah penjagaan.


Itu adalah antara pindaan dalam Rang Pilihan Raya Parlimen dan Rang Pilihan Raya Presiden yang diperkenal buat kali pertama di Parlimen pada Isnin (6 Feb) oleh Menteri Bertanggungjawab bagi Perkhidmatan Awam, Encik Chan Chun Sing.


Beliau berkata rang itu akan dibentang bagi pembacaan kali kedua selepas perbahasan Jawatankuasa Bekalan pada Mac. 


Menurut satu kenyataan Jabatan Pilihan Raya (ELD) semalam, pindaan utama diusul bagi mempertingkat aturan pengundian, mengemas kini undang-undang pengiklanan pilihan raya, merangsang rejim perbelanjaan pilihan raya dan memperkukuh proses pilihan raya. 


Di bawah pindaan yang diusul, akses mengundi akan dipertingkat untuk rakyat Singapura yang tinggal di luar negara. 


Jika diluluskan, golongan itu boleh membuang undi menerusi pos.


Undian menerusi pos itu perlu diterima oleh Pegawai Pilihan Raya dalam masa 10 hari selepas Hari Mengundi di Singapura untuk layak diambil kira. 


Perubahan itu bermakna mereka tidak lagi perlu ke stesen mengundi fizikal yang terletak di bandar tertentu, yang menyebabkan beberapa pengundi tidak dapat mengundi kerana sekatan pergerakan semasa Pilihan Raya Umum 2020 (GE2020). 


Bagi membolehkan lebih ramai warga Singapura di luar negara mengundi, pindaan itu juga mengusulkan memberi lebih banyak masa untuk pengundi golongan itu memenuhi kelayakan kriteria penginapan. 


Rakyat di luar negara boleh mendaftar sebagai pengundi jika mereka menetap di Singapura selama 30 hari dalam tiga tahun sebelum tarikh permohonan sebagai pengundi luar negara.


Ini berbanding 30 hari dalam tiga tahun sebelum tarikh yang ditetapkan sekarang, iaitu 1 Mac. 


Seramai 6,570 warga Singapura di luar negara mendaftar untuk mengundi semasa GE2020, dan 4,794 daripada mereka mengundi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >