Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pilihan raya usah ‘dianggap mudah’, banding calon atas kaitan politik lama: Tharman

Aug 26, 2023 | 07:33 PM



Pilihan Raya Presiden merupakan pertandingan kepimpinan yang penting dan tidak sepatutnya dianggap mudah sebagai perbandingan calon berdasarkan kaitan politik lama masing-masing, kata calon Pilihan Raya Presiden, Encik Tharman Shanmugaratnam.

Maka, adalah sangat mengecewakan sekiranya calon Pilihan Raya Presiden sebelum ini seperti Encik Ong Teng Cheong, Dr Tan Cheng Bock serta beberapa calon lain tidak dapat bertanding dalam pilihan raya lalu hanya kerana mereka pernah terlibat dalam politik, ujarnya.

Mendiang Encik Ong merupakan pemimpin dalam parti pemerintah Parti Tindakan Rakyat (PAP) dan Timbalan Perdana Menteri yang mengundurkan diri pada 1993 untuk bertanding sebagai Presiden Dipilih pertama pada tahun itu.

Dr Tan pula merupakan mantan Anggota Parlimen PAP yang sudah lama berbakti hingga 2006.







Encik Tharman menyatakan demikian pada Sabtu sebagai respons kepada kenyataan oleh pesaingnya, Encik Ng Kok Song, yang mendakwa bahawa calon yang mempunyai hubungan dengan parti politik hingga baru-baru ini sebelum memutuskan untuk bertanding tidak memaparkan “semangat” Perlembagaan.

Mengundurkan diri daripada jawatan politik “dua atau tiga bulan” sebelum bertanding sebagai calon Pilihan Raya Presiden, memenuhi keperluan Perlembagaan namun tidak memenuhi semangat Perlembagaan itu, kata Encik Ng pada Khamis.

Sehari kemudian, mantan ketua pegawai pelaburan GIC itu juga mendakwa bahawa mereka yang telah memegang jawatan Presiden sejak 1991 disokong parti pemerintah.

Beliau dalam kempen ini kekal mempertahan dirinya sebagai calon yang benar-benar “bebas” daripada kaitan politik.

Encik Ng turut mendakwa bahawa seorang lagi pesaingnya, iaitu mantan ketua eksekutif NTUC Income, Encik Tan Kin Lian, merupakan calon disokong ahli parti pembangkang kerana mereka merupakan penyetujunya.

Komen tersebut tampaknya ditujukan kepada Encik Tharman, yang memegang jawatan Menteri Kanan sebelum meletak jawatan pada Julai.

Menjawab pertanyaan media selepas lawatannya ke Pasar Tiong Bahru, Encik Tharman berkata beliau tidak disokong sebarang parti.







Kedua, sekiranya orang ramai menolak kelayakan calon Pilihan Raya Presiden atas kaitan politik lama masing-masing, “adalah sangat mengecewakan” kerana ramai calon terdahulu yang menyertai Pilihan Raya Presiden menerusi laluan pertimbangan sektor awam – yang disertai Encik Ng – tidak akan layak bertanding atas syarat itu.

Encik Tharman berkata individu berkenaan termasuk mendiang Encik Ong dan Dr Tan, yang tidak pernah menjadi Menteri, tetapi memegang jawatan dalam perkhidmatan awam yang dilantik menteri.

“Kita harus fokus terhadap individu (yang sedang bertanding) kerana ini satu pertandingan berlandaskan kepimpinan yang sangat penting,” tegasnya.







Sebaliknya pengundi harus menilai calon berdasarkan perwatakan mereka dan apa yang mereka boleh sumbang bagi masa depan negara, katanya.

“Itulah cara terbaik bagi kami lihat pilihan raya ini. Ia satu pertandingan yang terlalu penting untuk dianggap mudah atas perbandingan kaitan lama masing-masing.

“Dan jika anda menganggapnya mudah berdasarkan faktor itu, saya harus menyatakan bahawa kami akan lihat lebih banyak kaitan yang setiap calon punyai, selain sekadar keahlian dengan PAP,” ujar Encik Tharman.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >