Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pindaan Akta Khidmat Penjagaan Kesihatan: Orang ramai diundang beri pandangan

Oct 13, 2022 | 05:30 AM



ORANG ramai kini diundang untuk memberikan pandangan dan maklum balas mereka berhubung pindaan yang diusul kepada Akta Khidmat Penjagaan Kesihatan (HCSA) untuk memperkukuh langkah perlindungan bagi keselamatan serta kebajikan pesakit.



Dalam kenyataannya semalam, Kementerian Kesihatan (MOH) berkata pindaan kepada HCSA itu disasarkan dilaksana menjelang Jun tahun depan.



Menurut MOH, HCSA digubal dua tahun lalu untuk menggantikan Akta Hospital dan Klinik Perubatan Swasta (PHMCA) untuk meningkatkan perlindungan bagi keselamatan dan kesejahteraan pesakit dalam sekitaran penjagaan kesihatan yang kian berubah sementara mengupayakan pembangunan khidmat penjagaan kesihatan yang baru dan inovatif.



Akta tersebut sedang dilaksana secara bertahap dalam tiga fasa mulai Januari tahun ini dan akan selesai menjelang hujung tahun depan apabila PHMCA akan dimansuhkan.



"Sepanjang dua tahun lalu, kami telah mendekati pelbagai pihak berkepentingan secara meluas dan mengambil perhatian beberapa bidang peningkatan bagi rangka kerja kawal selia.



"Di bawah pindaan yang diusul, pesakit akan meraih manfaat daripada penyampaian khidmat penjagaan kesihatan oleh pihak yang berlesen di bawah rejim kawal selia yang kukuh serta daripada pengiklanan khidmat penjagaan kesihatan dan kaedah penyampaian khidmat yang lebih jelas serta telus," ujar MOH.



Antara peningkatan yang diusul MOH kepada HCSA termasuk berhubung pengiklanan khidmat penjagaan kesihatan yang tidak berlesen di bawah HCSA.



MOH mengusulkan agar mereka yang tidak berlesen di bawah HCSA tidak boleh mendakwa boleh merawat masalah perubatan atau penyakit semasa mengiklankan khidmat penjagaan kesihatan.



Mereka yang tidak berdaftar sebagai karyawan penjagaan kesihatan namun menggunakan gelaran 'Dr' semasa mengiklankan khidmat penjagaan kesihatan juga harus jelas menyatakan kelayakan dan pentauliahan mereka.



Ini supaya orang awam tidak keliru dan memikirkan bahawa gelaran 'Dr' itu dikaitkan dengan bidang perubatan umum, iaitu mereka yang memiliki ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS).



Orang ramai boleh memberikan maklum balas mereka menerusi laman web www.hsca.sg dari 12 Oktober hingga 11 November.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >