Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: 10 tahun pengalaman 'teruja' di media sosial

Apr 21, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, tidak pasti apa yang seharusnya dijangka ketika beliau mula melancarkan akaun media sosialnya tepat sedekad lalu.



"Namun ia kelihatan seperti satu cara yang baik untuk berhubung secara langsung dengan masyarakat dalam talian dan orang ramai," kata Encik Lee dalam satu catatan di Facebook semalam.



Encik Lee telah menyertai Facebook dan Twitter sejak 20 April 2012 dan sejak itu, beliau telah menerima lebih 1.7 juta pengikut di Facebook dan lebih 800,000 pengikut di Twitter.



Menurut Encik Lee, beliau berkata perjalanannya di media sosial merupakan pengalaman yang menyeronokkan, memeranjatkan, memberi pengajaran dan ada kalanya, membingungkan kerana ada catatan yang mendapat sambutan lebih baik berbanding yang lain.



"Saya masih mempelajari benda-benda baru dan cuba mengikuti perkembangan platform yang sering berubah, meme dan trend terkini," ujar beliau.



Antara ciri yang Encik Lee gemar lakukan di media sosial adalah unik mengongsi foto-foto olehnya daripada perjalanannya (#jalanjalan) di Singapura dan di luar negara.



Dalam catatannya, beliau juga berterima kasih kepada semua yang telah beliau temui di pelbagai tempat dan membenarkannya mengambil foto ataupun yang telah muncul dalam foto-fotonya.



"Media sosial telah banyak berubah dan banyak mengubah beberapa norma masyarakat kita. Perjalanan media sosial saya tidak akan berjaya tanpa anda semua.



"(Saya) bersyukur kerana ramai antara anda telah menemani saya dalam pengembaraan dalam talian saya. Terima kasih atas sokongan anda, dan ini adalah untuk tahun-tahun yang akan datang!" tambah beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >