Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee, Anwar semak kemajuan dicapai S’pura-M’sia dalam kerjasama dua hala

Kedua-dua pemimpin bertemu di sisi Forum Boao bagi Asia di Hainan, China
Mar 31, 2023 | 04:21 PM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, dan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim, mengesahkan lagi hubungan rapat kedua-dua negara dalam satu pertemuan dua hala yang berlangsung di sisi Forum Boao bagi Asia di Hainan, China, pada Khamis.


Semasa pertemuan itu, Encik Lee dan Datuk Anwar menyemak semula kemajuan yang telah dicapai Singapura dan Malaysia dalam kerjasama dua hala mereka, menyusuli lawatan Datuk Anwar ke Singapura pada Januari. 


Selepas pertemuan dua hala itu pada Khamis, Datuk Anwar memuat naik kenyataan di laman Facebook beliau, dengan mengatakan bahawa beliau berharap hubungan akrab antara Singapura dengan Malaysia akan kian utuh dan subur. 


Encik Lee turut berkata beliau mengadakan pertemuan yang berhasil bersama Datuk Anwar.


Encik Lee, yang tiba di Beijing pada Khamis dan disambut  Naib Menteri Ehwal Luar China, Encik Sun Weidong, berkata beliau juga gembira dapat bertemu dengan pemimpin negara dan teman termasuk Perdana Menteri China, Encik Li Qiang, serta pengerusi Forum Boao bagi Asia, Encik Ban Ki-moon, di persidangan tahunan itu.


Tambahnya, beliau juga mengalu-alukan pertemuannya bersama Presiden China, Encik Xi Jinping, untuk mempertingkat hubungan dan kerjasama dua hala antara Singapura dengan China.


Encik Lee dan Encik Xi dijadual bertemu pada Jumaat.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >