PUCUK pimpinan tinggi Parti Tindakan Rakyat (PAP) serta beberapa parti pembangkang termasuk Parti Pekerja (WP) dan Parti Kemajuan Singapura (PSP) turun padang bertemu penduduk di kawasan undi serata Singapura awal pagi semalam.
Perdana Menteri Lee Hsien Loong hadir bertemu penduduk dan pegerai di pusat penjaja di Blok 628 Ang Mo Kio Avenue 4 bersama calon PAP bagi SMC Yio Chu Kang, Encik Yip Hon Weng, seawal sekitar 7.30 pagi.