Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee bincang pelbagai isu dalam pertemuan dengan PM Ireland

Jul 22, 2022 | 08:43 PM



PERDANA Menteri Encik Lee Hsien Loong telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Ireland, Encik  Micheál Martin, hari ini (22 Julai).



Semasa pertemuan itu, Encik Lee dan Encik Martin telah membincangkan tentang perkembangan domestik dan sejagat, termasuk perang di Ukraine serta kesannya ke atas pasaran tenaga sejagat, terutamanya tenaga yang boleh diperbaharui.



Mereka juga menyentuh bidang kerjasama lanjut, seperti dagangan dan pelaburan, pertumbuhan (sektor) hijau, keselamatan makanan dan perubahan iklim.



Menyatakan demikian dalam catatannya, Encik Lee berkata beliau telah mengadakan mesyuarat yang baik dengan Encik Marin hari ini.



"Kededua negara telah mengekalkan hubungan diplomatik sejak 1974, dengan Ireland membuka kedutaannya di sini pada 2000.



"Kami berada di dua tempat berbeza di dunia, tapi kededua negara kami kecil serupa dalam rantau kami sendiri, amat bergantung kepada dagangan asing untuk kehidupan kami."



Encik Lee menambah beliau juga menantikan kerjasama antara kededua negara dalam bidang-bidang ini dan lain-lain lagi.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >