Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: CPIB main peranan penting pastikan agensi tempatan bebas rasuah

Sep 21, 2022 | 11:15 PM



BIRO Siasatan Amalan Rasuah (CPIB) memainkan peranan penting dalam memastikan agensi dan institusi setempat jujur dan bersih, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.


Beliau berkata demikian sempena majlis sambutan ulang tahun ke-70 biro itu di Istana Rabu malam (21 Sep) dengan Presiden Halimah Yacob selaku tetamu terhormat.


Dalam satu catatan di Facebooknya Rabu malam, beliau berkata usaha antirasuah Singapura terus dipandang baik, dan negara ini secara konsisten mendapat kedudukan tinggi dalam tinjauan global sebagai kalangan negara paling kurang rasuah di dunia. 


“Rakyat Singapura percaya bahawa undang-undang terpakai buat semua orang dan dikuatkuasa tanpa rasa takut atau pilih kasih.


“Oleh kerana sikap berjaga-jaga yang berterusan ini, kita telah menjadikan diri kita sebagai tempat yang boleh dipercayai dan boleh dipercayai untuk dikunjungi, berniaga dan melabur.


“Kita tidak boleh mengambil ringan akan keadaan ini,” ujar beliau.


Encik Lee turut mengucapkan  tahniah kepada CPIB, dan berterima kasih yang tidak terhingga kepada semua pegawai CPIB dahulu dan sekarang atas kerja keras mereka dalam memastikan Singapura bebas rasuah.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >