Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee di sidang Apec: Aliran perdagangan perlu kekal bebas, terbuka

Nov 18, 2022 | 09:38 PM



BANGKOK: Pandemik Covid-19 menunjukkan tidak ada ekonomi yang boleh dilihat serba mencukupi, kata Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong, sambil menyeru agar aliran perdagangan bebas dan terbuka diteruskan.


Dengan prospek ekonomi sedunia yang terus tidak menentu, anggota Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (Apec) mesti bekerjasama untuk menggalakkan pertumbuhan yang mampan dan inklusif, katanya di Mesyuarat Pemimpin Ekonomi Apec ke-29 di Bangkok, Thailand, pada Jumaat (18 Nov).



PM Lee berkata ketegangan geopolitik, inflasi dan gangguan rantaian bekalan menimbulkan risiko baru, manakala isi rumah berpendapatan rendah dan syarikat kecil dan sederhana (SME) paling teruk terjejas.


Singapura akan terus memimpin Pelan Tindakan Rangka Kerja Keterhubungan Rantaian Bekalan Apec, dan anggota Apec harus bekerjasama untuk meningkatkan daya tahan dan keterbukaan rantaian bekalan global, tambahnya.


PM Lee bercakap kepada rakan pemimpin semasa sesi pertama sidang puncak dua hari itu, yang memberi tumpuan kepada pertumbuhan seimbang, inklusif dan mampan.


Apec terdiri daripada 21 negara anggota yang menyumbang hampir separuh daripada perdagangan global dan lebih daripada 60 peratus daripada Hasil Dalam Negeri Kasar (GDP) dunia.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >