Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Galeri Pingat Budaya akan rai penerima pingat, pamer kecemerlangan artistik

Jun 16, 2021 | 05:30 AM



GALERI Pingat Budaya baru, yang akan dibuka di The Arts House, akan merai dan memberi penghormatan kepada penerima Pingat Budaya serta sumbangan mereka yang meninggalkan kesan yang tidak mungkin dapat dilupakan ke atas landskap kebudayaan Singapura, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong semalam.



Galeri yang akan dibuka Majlis Seni Kebangsaan (NAC) dalam beberapa bulan ini itu akan mempamer kecemerlangan artistik serta sumbangan penerima merentasi pelbagai bentuk seni, dari seni visual dan sastera ke muzik, teater dan tarian.



Contoh dan ikon kebudayaan itu akan terus memberi inspirasi kepada generasi baru artis dan penghibur tempatan, kata Encik Lee semasa berucap di pameran dan pelancaran buku 'Soul of Ink: Lim Tze Peng at 100', yang mengisahkan artis Lim Tze Peng.



Menggunakan Encik Lim sebagai antara contoh penerima Pingat Budaya, Encik Lee memuji betapa pada usia 100 tahun, beliau tetap gigih memperbaiki karyanya.



Encik Lim telah menyertai kumpulan terpilih kecil artis sanjungan antarabangsa yang kekal aktif walau usia mereka sudah mencecah 100 tahun.



Pelancaran buku itu memaparkan semangat seni Encik Lim, yang menghasilkan lukisan suasana kampung pada tahun-tahun awal Singapura hingga ke lukisan ikonik Chinatown dan Sungai Singapura sedang negara ini berkembang dari dekad ke dekad, kata Encik Lee.



Karya sepanjang hidupnya merakam zaman yang berubah, sedang negara Singapura membangun.



Ia juga memperkaya warisan negara ini dan membantu membentuk identiti kebudayaan kebangsaan yang memuncul.



"Inilah yang boleh dilakukan seni - menghubungkan generasi lalu, kini dan akan datang, untuk meluahkan respons kreatif kita terhadap keadaan kita, dan menyatakan impian dan aspirasi kita, dan pada masa sama, mengingatkan kita bahawa laluan kita pada masa depan adalah milik kita," tambah beliau.



Walaupun karya Encik Lim berakar dalam seni Cina, dari alat yang digunakan hingga gaya lukisan, semangat seninya tidaklah mengikut budaya Timur atau Barat.



Ia melambangkan kesingapuraan, kata Encik Lee.



"Encik Lim telah memberi inspirasi kepada generasi baru artis tempatan, setiap daripada mereka mempunyai gaya unik tersendiri, tetapi semuanya jelas berciri Singapura," ujar beliau.



Setiap karya seni baru menyumbang kepada identiti kolektif Singapura, kebanggaan serta identiti kebangsaan, tambah Encik Lee.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >