Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee gesa warga emas usah tangguh vaksinasi Covid-19

Jul 25, 2021 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong menggalak warga emas yang belum mendapatkan vaksin Covid-19 untuk mendapatkannya dengan segera agar tidak terlewat.



Beliau menambah bahawa Covid-19 merupakan penyakit yang merbahaya bagi warga emas khususnya jika mereka menghidapi penyakit-penyakit lain.



Walaupun mereka jarang keluar rumah, mereka masih boleh dijangkiti lantas, ia amat penting bagi mereka mendapatkan vaksinasi dengan segera.



"Lindungi diri anda dan keluarga anda. Covid-19 adalah penyakit yang merbahaya bagi warga emas khususnya jika anda menghidap penyakit-penyakit lain seperti kencing manis atau tekanan darah tinggi. Walaupun anda jarang keluar rumah, anda masih boleh dijangkiti oleh teman-teman atau anggota keluarga anda,'' kata PM Lee, dalam video yang dikeluarkan semalam, termasuk dalam Bahasa Melayu.



Beliau menyatakan vaksin ini akan melindungi mereka daripada Covid-19 dan ia sangat selamat.



"Sesetengah orang mungkin mengalami kesan sampingan tetapi kebanyakannya tidak serius. Anda mungkin berasa kurang sihat untuk sehari dua tetapi anda akan pulih. Ia hanya tindak balas tubuh anda yang sedang membina daya tahan terhadap Covid-19. Sila dapatkan vaksinasi anda dengan segera. Jangan berlengah lagi,'' tegasnya.



Negara ini berharap 90 peratus golongan tua mendapatkan suntikan, sekali gus membantu mencapai sasaran dua pertiga penduduk divaksin menjelang Hari Kebangsaan.



Sejak usaha dipergiat bagi menggalak warga emas mendapat suntikan, Menteri Kesihatan Ong Ye Kung berkata kelmarin warga emas berusia 70 tahun dan ke atas yang mendapat dos vaksin pertama mencapai sekitar 1,000 sehari, berganda dari jumlah sebelumnya.



"Jika kita dapat mengekalkan jumlah ini beberapa hari atau minggu mendatang, kita dapat meningkatkan kadar vaksinasi dalam kalangan warga emas kepada lebih 80 peratus,'' kata Encik Ong.



Sebelum ini, kadar vaksinasi bagi golongan berusia 70 tahun ke atas kelihatan mendatar pada 70 peratus.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >