Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee hadir di perasmian dua kapal selam baru RSN di Jerman

Dec 14, 2022 | 05:30 AM



SINGAPURA bergantung pada perdagangan maritim yang bebas dan tanpa halangan untuk kemakmuran dan kelangsungan hidup, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, semalam.



Beliau menyatakan demikian di acara perasmian pelancaran dua kapal selam Angkatan Laut Republik Singapura (RSN), iaitu Illustrious dan Impeccable.



Acara itu berlangsung di limbungan kapal Thyssenkrupp Marine Systems (TKMS) di Kiel, sekitar 90 kilometer dari Hamburg, di utara Jerman, dan turut dihadiri oleh Canselor Jerman, Encik Olaf Scholz.



Encik Lee berkata: "RSN mempunyai misi penting untuk memastikan Talian Komunikasi Laut kami terbuka dan kapal selam ini memberikan RSN keupayaan tambahan untuk memenuhi peranan mereka."



Beliau turut melahirkan keyakinan terhadap hubungan pertahanan yang akrab dan berkembang antara Singapura dan Jerman.



"Kerjasama kami dalam keupayaan strategik ini menggariskan perkongsian dan kepercayaan erat antara tentera laut dan industri pertahanan kami. Saya yakin hubungan a Jerman dan Singapura akan terus berkembang... dan saya mengharapkan interaksi yang lebih bermakna antara tentera kami," katanya yang turut mengucapkan terima kasih kepada TKMS dan Tentera Laut Jerman atas sokongan dan perkongsian kepakaran.



Senjata kapal selam baru lebih 'berbisa', banyak pengesan sensor, automasi canggih



Berikutan tradisi tentera laut yang telah lama wujud, kedua-dua kapal selam Illustrious dan Impeccable itu dilancarkan oleh penaja wanita, isteri PM Lee, Cik Lee Ho Ching.



Majlis itu turut disaksikan oleh Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen; Menteri Ehwal Luar, Encik Vivian Balakrishnan; dan ketua-ketua pertahanan dari Singapura dan Jerman.



Kapal-kapal selam itu adalah yang kedua dan ketiga dalam empat kapal selam Jenis 218SG yang dirancang menggantikan empat kapal selam kelas Challenger dan Archer yang dibaik pulih dan dikendalikan RSN selama lebih dua dekad.



Kapal selam baru Jenis 218SG yang pertama dan dinamakan Invincible telah dilancarkan pada awal 2019 oleh Menteri Pertahanan, Dr Ng Eng Hen.



Kapal selam keempat yang dinamakan Inimitable masih dibina.



Kapal selam baru itu mempunyai daya ketahanan 50 peratus lebih lama, lebih berbisa dari segi persenjataan dan dilengkapi lebih banyak alat pengesan sensor dan automasi canggih berbanding armada kapal selam RSN sedia ada.



Kapal-kapal selam itu juga disesuaikan bagi sekitaran operasi Singapura, terutamanya dalam perairan cetek dan sibuk di rantau ini, dan tidak dijual kepada negara lain.



RSN, Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) dan kontraktor pertahanan Jerman, TKMS, bekerjasama bagi rekaan dan pembinaan kapal selam itu.



Selepas pelancaran, kapal-kapal selam yang baru dibina itu akan menjalani ujian laut di Jerman sebelum dihantar ke Singapura.



Tempahan Singapura bagi empat kapal selam kelas Invincible buatan Jerman itu turut disertakan dengan alat yang mereplikasi kira-kira 12 juta bahagian bot secara maya dan membolehkan latihan yang berisiko tinggi dalam kehidupan sebenar dijalankan.



Dinamakan Jurulatih Prosedur Maya (VPT), ia memodelkan gelagat kapal selam apabila sistem atau peralatan dikendalikan, membolehkan anak kapal mempraktikkan respons mereka terhadap senario kecemasan yang mungkin jarang berlaku atau berisiko, selain daripada membenarkan mereka membiasakan diri dengan sistem di atas kapal.



Sebagai contoh, pengendali boleh berlatih melakukan gerakan snorkeling, yang membolehkan kapal selam diesel-elektrik mengecas baterinya, kata komander Flotilla ke-7, Kolonel Fong Chi Onn.



Ini dilakukan dengan mengikuti permukaan air dengan menaikkan tiang untuk menarik udara.



Tiang itu mempunyai kepak yang akan ditutup secara automatik apabila ia mengesan air masuk.



Jika ia gagal, pengendali perlu menutup injap dalam dengan cepat secara manual.



Satu lagi tujuan menggunakan platform maya yang sedang dibangunkan itu adalah untuk mengurangkan masa kapal selam digunakan bagi tujuan latihan, supaya bot boleh memberi lebih tumpuan kepada misi dan tugas operasi lain, tambah Kolonel Fong.



Kapal selam lama RSN mempunyai ruang yang terhad, dan nisbah pelatih kepada pengajar yang tinggi.



Ini bermakna pelatih perlu menunggu sebelum pelajaran boleh dijalankan di atas kapal.



Dibangunkan oleh pengilang Type 218SG, ThyssenKrupp Marine System (TKMS), Agensi Sains dan Teknologi Pertahanan (DSTA) dan RSN, VPT adalah sebahagian daripada suite jurulatih jenis 218SG yang dijangka beroperasi pada 2024 di Pangkalan Tentera Laut Changi.



Suite ini terdiri daripada empat sistem, termasuk dua yang serupa dengan apa yang digunakan untuk melatih anak kapal selam semasa RSN - jurulatih pasukan pertempuran dan jurulatih kemudi dan menyelam.



Jurulatih penyelenggaraan menyediakan latihan langsung tentang cara menyelenggara peralatan kritikal.



RSN juga mempamerkan banyak peningkatan lain kepada Type 218SG daripada kapal selam kelas Challenger dan Archer semasa, yang dibina dari akhir 1960-an hingga awal 1980-an.



Ini termasuk katil dua tingkat yang mencukupi untuk setiap anak kapal untuk seramai 28 orang, dengan katil lebihan untuk kakitangan latihan yang disertakan.



Ini tidak seperti kapal selam semasa RSN dengan perkongsian dua tingkat diamalkan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >