Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee hadiri mesyuarat pemimpin SG-Australia ke-7

Oct 16, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong akan mengadakan lawatan selama tiga hari ke Australia mulai hari ini.



Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam kenyataannya berkata, Encik Lee akan mengunjungi ibu kota negara itu, Canberra dan Sydney, bagi Mesyuarat Tahunan Pemimpin Singapura-Australia ke-7.



Dibentuk dibawah Rakan Kerjasama Strategik Singapura-Australia, Mesyuarat Tahunan Pemimpin ini adalah wadah utama bagi perdana menteri kedua-dua negara membincangkan kerjasama dua hala dan bertukar pandangan tentang perkembangan serantau dan global.



Di Canberra, Perdana Menteri Australia, Encik Anthony Albanese, akan meraikan Encik Lee di kediaman rasmi beliau.



Kedua-dua pemimpin akan mengadakan satu mesyuarat delegai, yang akan diikuti dengan satu sidang akhbar bersama.



Semasa di Sydney pula, Encik Lee akan mengadakan pertemuan dengan pemimpin kanan perniagaan dan ahli akademik.



Dalam lawatannya ini, Encik Lee akan ditemani isteri, Cik Ho Ching; Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan; Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong; anggota parlimen, Cik Foo Mee Har dan Encik Saktiandi Supaat, selain pegawai daripada Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Ehwal Luar dan Kementerian Perdagangan dan Perusahaan.



Semasa pemergiannya, Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong, akan bertindak sebagai Pemangku Perdana Menteri sepanjang tempoh tiga hari ini.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >