Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee harap perjalanan antarabangsa dibuka lewat tahun ini atau awal 2022

Turut sentuh manfaat globalisasi, kesan hubungan AS-China dalam wawancara BBC
Mar 15, 2021 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berharap perjalanan antarabangsa akan dapat dibuka semula menjelang lewat tahun ini, atau awal tahun depan, atau lebih awal lagi.



Pada masa sama, Singapura tidak akan duduk berdiam diri, dan berusaha untuk terus mewujudkan laluan selamat dengan negara lain yang mempunyai tahap penularan wabak Covid-19 yang terkawal.



Beliau berkata demikian dalam satu wawancara di rancangan BBC, Talking Business Asia, baru-baru ini.



Ditanya mengenai jangkaan beliau mengenai bila orang ramai boleh melakukan perjalanan/pelancongan seperti sedia kala, Encik Lee berharap kebanyakan negara boleh melakukan vaksinasi ke atas sejumlah besar penduduk mereka menjelang akhir tahun ini.



Ini akan membolehkan dibangunkan sistem untuk membuka sempadan antarabangsa dan melakukan semula perjalanan dengan lebih selamat.



Namun corak perjalanan akan berlainan daripada sebelumnya dengan orang ramai perlu membuat perancangan terdahulu, bukan sahaja dari segi pembelian tiket bahkan disiapkan dokumen vaksinasi.



"Anda harus merancangkan untuknya, anda mesti mempunyai beberapa dokumen, anda memerlukan cara untuk membuktikan anda telah divaksinasi dengan betul dan mungkin diuji untuk membuktikan bahawa anda mempunyai antibodi dalam diri anda semasa anda terbang.



"Mudah-mudahan, menjelang akhir tahun ini atau tahun depan, sempadan boleh mula dibuka, jika tidak lebih awal.



"Kami (Singapura) benar-benar berharap walaupun di tengah-tengah pandemik sekarang ini, kami dapat membuka koridor selamat atau gelembung perjalanan antara negara di mana wabaknya terkawal. Kami telah mengadakan rundingan dengan Hong Kong, dan kami juga membincangkannya dengan negara lain," ujar Encik Lee kepada BBC.



Ditanya sama ada Singapura ada menimbangkan idea pasport vaksin yang kini sedang diusahakan beberapa negara, Encik Lee berkata ia bukan satu perkara yang mengejutkan.



Ini memandangkan sebelum ini sudah pun berlaku contohnya orang ramai pergi ke bahagian tertentu di dunia dan harus menunjukkan bukti mereka sudah divaksinasi seperti bagi penyakit demam kuning, cacar atau penyakit eksotik lain.



"Saya fikir ini akan berlaku lagi. Terdapat isu etika, tetapi saya tidak fikir anda boleh lari daripada penyelesaian praktikal," jelas Encik Lee.



Mengenai isu pertembungan dua kuasa besar, Amerika Syarikat-China pula, Encik Lee berkata Singapura tidak mahu memilih salah satu daripada kuasa itu kerana negara ini mempunyai hubungan amat erat dan luas dengan Amerika dan China, termasuk dari segi ekonomi dan bidang lain.



Beliau menambah, begitu juga dengan banyak negara lain di dunia.



"Saya fikir ini bukan dilema buat Singapura sahaja.



"Ini adalah masalah buat banyak negara, itulah sebabnya kita semua berharap dan mendorong dua kuasa besar ini untuk berfikir dengan teliti sebelum memutuskan bahawa pihak yang lain adalah musuh yang harus dikawal, jika tidak dijatuhkan,'' kata Encik Lee.



Singapura juga sudah menerima vaksin keluaran Sinovac Biotech meskipun vaksin dari China itu belum diluluskan. Perdana Menteri berkata pemerintah sedang menilai vaksin itu dan akan menggunakannya jika ia lulus piawai yang ditetapkan.



"Jika (vaksin keluaran Sinovac) lulus penilaian dari segi keselamatan dan keberkesanannya, kita akan menggunakannya. Kita akan menggunakan vaksin dari sumber-sumber yang diluluskan.



"Vaksin tidak mempunyai kerakyatan. Adakah ia bagus atau tidak? Adakah ia berkesan? Jika ia berkesan, kita akan menggunakannya," kata beliau.



Ditanya tentang globalisasi, Encik Lee berkata globalisasi mungkin berada di bawah tekanan, tetapi masih banyak yang harus dilakukan, dan pentingnya negara untuk bekerjasama.



Globalisasi katanya menguntungkan semua pihak sambil menambah jika negara itu tidak memiliki perusahaan multinasional atau perdagangan antrabangsa, dan tidak terbuka seperti sekarang - keadaan akan menjadi menjadi lebih buruk.



Pandemik telah menyaksikan beberapa negara berpaling pendekatan perlindungan ketika menangani koronavirus dan menambah tekanan pada globalisasi sehingga memberi tekanan dalam hubungan Amerika-China.



Laporan lanjut: Vaksinasi di SG, kesan hubungan AS-China antara intipati interviu




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >