PERDANA Menteri Lee Hsien Loong mengharapkan sokongan daripada masyarakat majoriti Cina bagi perubahan kepada sistem Presiden Dipilih (EP) yang mungkin diusul pemerintah, khususnya yang menyentuh penampilan calon minoriti bagi jawatan tersebut.
Berucap dalam bahasa Mandarin di Rapat Hari Kebangsaan semalam Encik Lee juga menggesa kaum majoriti Singapura itu supaya bersatu padu demi memperkukuh masyarakat berbilang bangsa negara ini.