Subuh
5:36
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee imbas pengalaman tonton konsert Aneka Ragam Rakyat, titik tolak bentuk 'satu rakyat, satu negara'

Aug 09, 2021 | 12:08 AM



BAGI membantu warga Singapura menghargai budaya dan amalan satu sama lain, pemerintahan Parti Tindakan Rakyat (PAP) yang baru dilantik pada 1959 menganjurkan siri konsert berbilang budaya yang dipanggil Aneka Ragam Rakyat dengan yang pertama dilancarkan di Kebun Bunga.



Perdana Menteri Lee Hsien Loong mengambil contoh konsert ini dalam amanat Hari Kebangsaan pada Ahad (8 Ogos) sambil mengatakan ketegangan kaum dan agama yang wujud baru-baru ini bukannya baru.



"Apabila Singapura menjadi sebuah negara pada 1959, pelbagai kaum hidup berasingan, menghadiri sekolah berlainan dalam bahasa berbeza dan mereka juga bekerja dalam pekerjaan yang berlainan dan perniagaan yang berbeza," jelas Encik Lee.



"Konsert percuma yang juga diadakan serata pulau membantu menyatukan penduduk dari pelbagai kaum. Lebih 200 konsert diadakan hingga awal 1960-an.



"Saya ingat detik ibu bapa saya membawa saya menonton Aneka Ragam Rakyat yang pertama di sini, di Kebun Bunga," ujar Encik Lee yang menyampaikan amanatnya dari Symphony Lake di Kebun Bunga.



Katanya lagi: "Konsert-konsert ini adalah permulaan awal dalam perjalanan kita menjadi satu rakyat, satu negara."



Persembahan pertama pada 2 Ogos 1959 menarik sekitar 22,000 penduduk. Ia dibuka tirainya oleh bapa Encik Lee, perdana menteri pengasas, Encik Lee Kuan Yew.



Persembahan yang disajikan dalam program di ruang terbuka ini diwakili empat kebudayaan kaum di Singapura - Melayu, Cina, India dan Barat. Antara yang dipersembahkan termasuk lagu memuja Tamil, drama Melayu, opera Peking, muzik klasik Barat dan tarian klasik India.



Dipimpin Menteri Budaya S. Rajaratnam, persembahan ini bertujuan memupuk persefahaman antara kaum serta identiti berbilang kaum negara ini dengan persembahan paling popular menarik ribuan orang.



Pada Oktober 1959, persembahan pertama di kawasan kampung, Bukit Panjang Village dipentaskan di hadapan 7,000 orang dengan ramai daripada mereka datang berkunjung dari desa berhampiran untuk menyaksikannya.



Pada hujung bulan itu, konsert di Pulau Bukom Kechil diadakan buat kali pertama. Ia menarik 3,000 penduduk, sesetengahnya khususnya sanggup berkunjung dari pulau lain untuk menyaksikan konsert itu.



Konsert itu terus diaakan hingga 1964 di tempat seperti tangga City Hall, Hong Lim Green, Geylang Serai, Sembawang dan Pulau Tekong.



Sedang konsert ini diadakan sebagai acara mingguan, ia selanjutnya diadakan pada hari istimewa seperti Hari Kebangsaan yang menandakan Singapura menjadi negara yang memerintah sendiri pada 3 Jun 1959; pembukaan klinik kesihatan baru buat ibu dan anak di Kranji pada 1962; sambutan Hari Malaysia selepas 16 September 1963 apabila Singapura, Sabah dan Sarawak disatukan dengan Persekutuan Malaya bagi membentuk Malaysia.



Bagaimanapun perbezaan yang membawa pada situasi sukar diselesaikan antara pemimpin Singapura dan Kuala Lumpur berhubung dengan isu kaum membawa pada perpisahan dan kemerdekaan Singapura pada 9 Ogos 1965. 



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >