Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Keputusan tudung untuk jururawat mungkin diumum Ogos

* Prihatin hasrat masyarakat * Pemerintah perlu persiap buat perubahan * Harap masyarakat fahami sebab pendekatan berhati-hati
Apr 11, 2021 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong berkata beliau berharap dapat mengumumkan keputusan pemerintah membenarkan jururawat Muslim memakai tudung semasa bertugas, di Rapat Umum Hari Kebangsaan pada akhir Ogos nanti.



Bercakap kepada media selepas mengadakan dialog tertutup dengan sekitar 70 pemimpin masyarakat Melayu Islam semalam, Encik Lee berkata perbincangan yang diadakan sangat bernas dan membantu pemerintah menganjak perbincangan tersebut ke tahap selanjutnya.



"Saya harap untuk mengumumkan keputusan Pemerintah bagi para jururawat Muslim kita di Rapat Umum Hari Kebangsaan nanti," ujar beliau, yang berkata beliau telah mengadakan perbincangan dari hati ke hati dengan peserta dialog.



Encik Lee berkata pemerintah prihatin mengenai hasrat masyarakat berhubung pemakaian tudung dan ia perlu membuat persiapan teliti sebelum mengorak perubahan.



Beliau juga menekankan kepentingan sikap hati-hati dalam membolehkan jururawat memakai tudung semasa bertugas.



"Semestinya, perubahan yang mahu diperkenalkan harus memperkukuhkan ruang bersama dan bukan mengecilkan. Kami tidak mahu timbul salah faham atau kesan buruk lain yang tidak diingini, yang boleh menggugat keharmonian negara kita," ujar Encik Lee.



Turut menghadiri sesi dialog di Kelab Perkhidmatan Awam di Balestier itu adalah Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, Menteri Ehwal Dalam Negeri Encik K. Shanmugam, Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohd Maliki Osman dan beberapa pemimpin masyarakat.



Mengenai perbincangan yang diadakan, Encik Masagos berkata, pemerintah faham kemahuan sebahagian jururawat Muslim untuk memakai tudung semasa bertugas kerana hendak menjalani kehidupan agama yang bermakna.



Namun, perkara tersebut melibatkan pertimbangan kaum dan agama yang sensitif dan keputusan tidak boleh diambil secara terburu-buru, ujar beliau lagi.



"Saya rasa kededua pihak lebih memahami antara satu sama lain selepas dialog itu. Ada persefahaman bahawa isu ini harus didekati dengan hati-hati kerana ia melibatkan perkara agama dan kaum yang sensitif dan kita tidak boleh terburu-buru mengambil keputusan," ujar Encik Masagos.



Di Parlimen baru-baru ini, Encik Masagos berkata pendirian Pemerintah mengenai tudung adalah jelas.



"Pendirian sekular Pemerintah kita secara konsisten jelas dalam penggubalan dasar. Inilah pendekatan kami walaupun ketika menangani permintaan-permintaan dari kumpulan-kumpulan agama berbeza terutama jika ia menjejas ruang bersama kita," jelas Encik Masagos.



Bulan lalu, Encik Shanmugam juga berkata pemerintah sedang menimbangkan pilihan membenarkan jururawat Muslim memakai tudung semasa bertugas jika mereka mahu berbuat demikian.



Beliau berkata demikian di sebuah dialog dengan asatizah setempat dan berkata beliau juga telah berkata sedemikian di dialog serupa pada Ogos tahun lalu.



Menurut Encik Shanmugam pada waktu itu, Encik Lee akan bertemu ketua masyarakat Muslim dan perbincangan mengenai perkara itu akan berlangsung beberapa bulan, sebelum keputusan diumumkan.



Semalam, semasa bercakap dengan media selepas dialog itu, Dr Nazirudin berkata asatizah setempat sentiasa memberi kepentingan kepada huraian bagi cabaran sosial dan agama yang dihadapi dengan mengambil kira masyarakat sekular dan berbilang kaum di sini.



Anggota Majlis Muis Cik Rahayu Mohamad, yang juga bekas presiden Persatuan Pemudi Islam Singapura (PPIS), berkata wanita Muslim di sini mempunyai pelbagai pendapat mengenai pemakaian tudung, tetapi rata-rata faham akan kerumitan berhubung isu ini.



"Kita perlu mencari keseimbangan antara aspirasi, kemahuan kita dengan memastikan kita juga berusaha mendekati masyarakat lain supaya mereka faham mengapa perkara ini penting bagi kita," ujar beliau.




Pendirian teliti, bukan lebih tegar



"Kami telah sentiasa prihatin tentang permintaan jururawat untuk memakai tudung dengan seragam mereka, dan kami perlu mengambil keputusan yang teliti dan memerlukan masa untuk mengambil kira (pandangan) semua pihak berkepentingan yang terlibat dalam membuat keputusan itu, dan akhirnya melaksanakannya, itulah yang telah saya katakan di Parlimen. Pendirian itu tidak menjadi lebih tegar."
- Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Masagos Zulkifli Masagos Mohamad




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >