Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Kumpulan bantu diri etnik masih penting

Sep 18, 2022 | 06:01 PM



KUMPULAN bantu diri berasaskan etnik seperti Majlis Bantuan Pembangunan Masyarakat Cina (CDAC) masih merupakan sumber bantuan penting bagi  keluarga berpendapatan rendah kerana mereka dapat menyesuaikan program yang paling relevan kepada benefisiari mereka.


Berucap di Rumah Terbuka Ulang Tahun ke-30 CDAC pada Ahad (18 Sep), Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata dari masa ke masa, orang ramai bertanya mengapa kumpulan etnik sedemikian, yang juga termasuk Yayasan Mendaki, Persatuan Pembangunan Masyarakat India Singapura (Sinda) dan Persatuan Serani (EA), masih relevan kepada masyarakat berbilang kaum Singapura.


Encik Lee menerangkan, sedang pemerintah menyediakan bantuan kepada keluarga berpendapatan rendah tanpa mengira etnik, kumpulan bantu diri ini – yang dibiayai pemerintah dan sumbangan masyarakat sebanyak 50 sen hingga $3 setiap pekerja setiap bulan – mampu memberi sokongan tambahan dan menangani isu tanpa menimbulkan sensitiviti kaum atau agama.


Kumpulan itu  juga memberi peluang bagi warga Singapura yang lebih berada untuk menyokong anggota masyarakat mereka sendiri, kata Encik Lee di ibu pejabat CDAC di Tanjong Katong.


Beliau menambah: “Ia adalah dorongan semula jadi manusia,  dan ia mengeratkan ikatan antara anggota masyarakat.


“Ia membina rasa berdikari dan bangga dalam masyarakat, yang melengkapi identiti Singapura mereka.”

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >