Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee kunjung Dubai, Abu Dhabi dalam lawatan rasmi pertama ke UAE

Oct 21, 2023 | 11:08 AM



Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, memulakan lawatan rasminya di Amiriah Arab Bersatu (UAE) dengan mengunjungi bandar Dubai dan ibu kota Abu Dhabi pada Sabtu.

Encik Lee melawat UAE sebagai sambungan kepada lawatannya ke Timur Tengah, setelah berada di Arab Saudi dari Selasa hingga Jumaat lalu.

Ketibaan Encik Lee di Lapangan Terbang Antarabangsa Dubai pada Jumaat disambut Menteri Negara Perdagangan Ehwal Luar UAE, Dr Thani Ahmed Al Zeyoudi.

Encik Lee mengadakan lawatan rasmi ke UAE pada 21 dan 22 Oktober atas undangan Presiden UAE, Sheikh Mohamed Zayed Al Nahyan, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri sebelum ini.

Pada Sabtu, Encik Lee memulakan lawatannya di Dubai dengan mengunjungi Burj Khalifa, bangunan tertinggi di dunia pada ketinggian lebih 828 meter.

Di sana, beliau menemui Pengerusi Emaar Properties, Encik Jamal Thania, dan mendengar perkongsian mengenai pembangunan ekonomi di UAE.

Emaar Properties merupakan pembangun induk Burj Khalifa.

UAE merupakan rakan dagang terbesar Singapura di Timur Tengah. Pada 2022, UAE rakan dagang ke-13 terbesar Singapura di peringkat global. Perdagangan dua hala Singapura dan UAE bernilai $29.8 bilion.

Singapura juga mempunyai Kerjasama Meluas dengan UAE.

Setiausaha Akhbar Encik Lee, Cik Chang Li Lin, berkata UAE ialah rakan kerja ekonomi penting bagi Singapura.

“Mereka berminat bekerjasama dengan kami dalam bidang baru seperti AI (kecerdasan buatan), teknologi rendah karbon, dan sebagainya.

“Justeru lawatan ini adalah bagi PM dan rombongannya untuk menemui pemimpin dan meneroka bidang kerjasama yang lain,” kata Cik Chang.

Encik Lee juga dijadual bertemu dengan Presiden Sheikh Mohamed yang juga Amir Abu Dhabi; dan Putera Mahkota Abu Dhabi, Putera Mahkota Sheikh Khaled Bin Mohamed Bin Zayed Al Nahyan.

Encik Lee diiringi Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri Tenaga Manusia, Dr Tan See Leng; Menteri Negara Kanan (Kemampanan dan Sekitaran merangkap Pengangkutan), Dr Amy Khor; serta Menteri Negara Kanan (Perhubungan dan Penerangan merangkap Kesihatan), Dr Janil Puthucheary.

Pada Sabtu petang waktu tempatan, Encik Lee berangkat ke Abu Dhabi, yang terletak sekitar 1.5 jam perjalanan kereta dari Dubai. Di Abu Dhabi, Encik Lee mengunjungi Abrahamic Family House, satu kompleks antara agama yang merangkumi sebuah masjid, gereja dan saumaah.

Pembangunan kompleks itu meraih inspirasi daripada konsep yang dibentangkan dalam Dokumen Persaudaraan Insan yang ditandatangani Pope Francis dan Imam Besar Al Azhar Dr Ahmed El-Tayeb di Abu Dhabi pada 2019.

Dalam lawatannya ke Arab Saudi awal minggu ini, Encik Lee telah menemui Putera Mahkota dan Perdana Menteri Arab Saudi, Putera Mahkota Mohammed Salman Al Saud, mengesahkan lagi hubungan dua hala yang baik antara Singapura dan Saudi.

Singapura dan Arab Saudi memperkukuh kerjasama dalam pelbagai bidang termasuk pembangunan kepimpinan dan modal insan; pendidikan teknikal, vokasional dan latihan (TVET); teknologi kewangan (fintech); serta tenaga dan logistik.

Laporan lanjut di Muka 4




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >