PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, pada Selasa, melancarkan buku yang antara lain meneroka cabaran yang dihadapi negara dengan penduduknya kian menua.
Berjudul Singapore Ageing: Issues and Challenges Ahead, buku itu disunting oleh tokoh akademik dari Fakulti Sastera dan Sains Kemasyarakatan (FASS), Universiti Nasional Singapura (NUS), Dr S. Vasso, Profesor Madya Bilveer Singh dan Profesor Madya Srinivasan Chokkanathan.
Pelancaran buku itu diadakan di Alumni House Yayasan Shaw di NUS.