Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Model kerjasama tiga pihak S'pura bantu harungi setiap krisis

Turut nyatakan dalam Amanat Hari Pekerja dunia semakin pulih dan akan rancakkan ekonomi SG
May 01, 2021 | 05:30 AM



KERJASAMA tiga pihak adalah pendekatan lebih berkesan dalam memastikan kebajikan dan mata pencarian pekerja, daripada sikap militan dan konflik.



Atas sebab itu pergerakan buruh di Singapura kian kukuh, berbanding pergerakan buruh di Barat, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong, sambil melahirkan harapan pemulihan ekonomi negara ini memandang keadaan sejagat semakin baik.



Menyatakan demikian dalam Amanat Hari Pekerja beliau yang dikeluarkan semalam, Encik Lee berkata model kesatuan sekerja dan kerjasama tiga pihak di sini dikritik pihak Barat.



"Namun keahlian kesatuan sekerja telah menurun secara berterusan di kebanyakan masyarakat Barat. Sebaliknya, keanggotaan kesatuan meningkat secara tekal di Singapura, dengan adanya dasar yang sengaja diambil dan usaha tidak henti-henti.



"Pergerakan buruh di Barat sekarang tidak lagi sekukuh yang pernah mereka ada pada 1960-an, sementara gerakan buruh di Singapura terus berkembang dan menjadi lebih kuat," ujar beliau.



Encik Lee menambah bahawa perjalanan Singapura daripada negara Dunia Ketiga ke Dunia Pertama penuh dengan cabaran.



In termasuk krisis minyak pada 1973, kemelesetan ekonomi pertama negara ini pada 1985, krisis Sars dan krisis kewangan sejagat.



"Setiap kali, model kerjasama tiga pihak kita membantu kita mengharunginya. Pekerja mengikat perut, membuat pengorbanan, dan menerima potongan gaji.



"Majikan turut membuat pengorbanan, dan melakukan yang terbaik untuk menyelamatkan sebanyak mungkin pekerjaan," kata beliau.



Pada masa sama, pemerintah membantu dengan menyokong perniagaan dan pekerja mengharungi masa sukar.



Dengan bekerjasama, mengamalkan tolak ansur, dan memberi tumpuan pada jangka panjang, rakan kerjasama tiga pihak mencari huraian dalam keadaan sukar, dan mengukuhkan rasa saling percaya dan kerjasama mereka dalam menghadapi masa sukar selanjutnya.



Dalam amanatnya, PM Lee juga mengimbas kisah sebelum merdeka apabila Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC), yang menyambut ulangt ahun ke-60 tahun ini, dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) bekerjasama untuk mendesak pemerintah kolonial agar menyediakan keadaan lebih baik buat pekerja, dan memperjuang kemerdekaan.



Kini dalam menghadapi krisis Covid-19, peranan kesatuan dalam membela pekerja terus menyerlah.



"Tahun lalu, apabila pemberhentian kerja tidak dapat dielak, kesatuan memastikan proses pemberhentian dilakukan secara adil dan bertanggungjawab," ujar Encik Lee, sambil menyatakan NTUC juga membantu pekerja dari segi mendapatkan pekerjaan baru dan memberi sokongan kewangan melalui pelbagai usaha dan projek.



Beliau menyatakan ekonomi dunia semakin pulih, khususnya Amerika Syarikat dan China. Perkembangan itu akan membantu merancakkan ekonomi Singapura dengan jangkaan pertumbuhan ekonomi mungkin melebihi 6 peratus tahun ini.



Merumuskan amanatnya, Encik Lee berkata prinsip panduan kerjasama tiga pihak ialah sentiasa berlandaskan mahu terus bersatu dan maju bersama.



"Pada Hari Pekerja kali ini, mari kita berikrar sekali lagi akan menguatkan kerjasama tiga pihak ini, dan membina masa depan lebih cerah buat Singapura bagi 60 tahun akan datang dan seterusnya," katanya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >