Subuh
5:53
Syuruk
7:09
Zuhur
1:14
Asar
4:15
Maghrib
7:17
Isyak
8:25
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Negara Asean individu tidak boleh kawal kuasa besar, tapi bersama boleh bersuara lantang

Jun 23, 2019 | 07:00 PM



 





SAIZ negara-negara Asean yang lebih kecil bermakna ia ‘tidak dapat mengawal perbuatan kuasa besar’, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Ahad (23 Jun).



Namun negara-negara Asean boleh bersatu dan melangkah ke hadapan dalam bidang kepentingan bersama, sama adalah perdagangan, kesemalatan atau teknologi, kata Encik Lee berkata kepada rakan sejawatan pada hari terakhir Sidang Puncak Asean ke-34 di Bangkok.



“Tidak mudah, kerana kita adalah 10 negara berbeza, masing-masing dengan kepentingan strategik sendiri yang mendorong kita ke arah berbeza. Namun kita perlu mencari titik persamaan, di mana kepentingan kita selaras dan bercakap sebagai satu entiti,” kata beliau.



 Dari sudut pandang itu, Encik Lee berkata beliau gembira Asean sebulat suara memberi sokongan bagi rangka kerja bekerjasama di rantau Indo-Pasifik.



“Saya harap jangkaan ini boleh memperkukuh arkitektur serantau yang dipimpin Asean dan mengekalkan kestabilan rantau yang memberi  manfaat kepada kita,” ujar Encik Lee.



Diusul oleh Indonesia, jangkaan itu bertujuan menggariskan jalan seterusnya bagi Asean bekerjasama dengan negara-negara Indo-Pasifik.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >