Subuh
5:39
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:08
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

USUL MENGENAI MENJAMIN PEKERJAAN DAN SARA HIDUP WARGA SERTA DASAR BAKAT ASING

PM Lee: Pemerintah tangani keprihatinan saingan kerja warga asing

Sep 16, 2021 | 05:30 AM



PEMERINTAH sedang menangani keprihatinan dan kegelisahan warga Singapura berhubung persaingan daripada warga asing yang bekerja di sini serta kebimbangan mereka tentang ramainya warga asing dalam kalangan masyarakat di sini, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.



Namun, Singapura tidak boleh bersifat tertutup dan bermusuhan terhadap kehadiran pekerja asing ini.



"Seperti yang saya katakan semasa Rapat Hari Kebangsaan baru-baru ini, kita harus terus bersifat terbuka dan menerima kehadiran warga asing.



"Jika kita bersifat tertutup dan menentang mereka, ini akan memusnahkan kita sebagai sebuah hab global serta menjejas pelaburan dan pekerjaan kita," kata Encik Lee menerusi laman Facebook beliau semalam.



Di Parlimen kelmarin, Menteri Kewangan Lawrence Wong mengajukan Usul Menjamin Pekerjaan dan Sara Hidup Warga antara lain agar Singapura kekal bersifat terbuka dalam dunia global ini.



Encik Wong turut meminta Parlimen menyokong langkah pengurusan jumlah pas pekerjaan asing oleh pemerintah serta membantah penyebaran maklumat palsu tentang perjanjian perdagangan bebas (FTA) seperti Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif (Ceca) untuk mencetuskan perasaan yang berbaur perkauman dan xenofobia.



Encik Lee berkata warga asing yang tinggal dan bekerja di Singapura telah menyumbang kepada ekonomi negara ini dan masyarakatnya.



Malah, mereka membentuk sebahagian daripada masyarakat setempat.



"Dasar kami berhubung pekerja asing telah menghasilkan banyak pekerjaan dan peluang," ujarnya.



Empat pemegang jawatan politik tampil menyangkal dakwaan Parti Kemajuan Singapura (PSP) yang mengatakan bahawa dasar bakat asing pemerintah telah menyebabkan rakyatnya kehilangan peluang pekerjaan.



Ini menyusuli usul Anggota Parlimen Tanpa Kawasan Undi (NCMP) daripada PSP, Encik Leong Mun Wai, untuk bercakap tentang isu tersebut.



Encik Wong berkata pemerintah tidak dapat menerima usul Encik Leong itu.



Ini kerana ia memberi tanggapan salah bahawa cabaran yang dihadapi warga Singapura untuk mendapatkan pekerjaan adalah disebabkan FTA dan warga asing.



Padahal perkara itu sudah dibahaskan di Parlimen pada Julai lalu.



Perbahasan bagi dua usul itu mengambil masa sekitar 10 jam, hingga sekitar 12.30 tengah malam.



Menyifatkannya sebagai perbahasan yang penting, Encik Lee berkata ini bukan sahaja tentang dasar pemerintah berhubung warga asing, tetapi juga mengaitkan nilai kemasyarakatan, serta keyakinan dan keazaman warga Singapura dalam menghadapi keadaan dunia yang tidak menentu, dan merancang masa depan bersama.



"Saya gembira Anggota Parlimen mengambil pendirian yang tegas dan jelas terhadap sifat berbaur perkauman dan xenofobia, serta menolak dengan tegas percubaan untuk menggunakan rasa takut dan kebimbangan warga Singapura untuk memecahbelahkan dan melemahkan kita.



"Ini memberikan petanda baik bagi masa depan kita," ujar beliau.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >