Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Rakyat kekal bersatu, sepadu hadapi cabaran

Dec 31, 2022 | 06:51 PM



SINGAPURA perlu kekal bersatu dan memanfaatkan peluang sedang lebih banyak detik ujian dijangka pada 2023, kata Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong, hari ini.



Ini meskipun negara ini telah mengharungi pandemik Covid-19 dan muncul lebih kukuh daripada itu, katanya kepada negara dalam mesej Tahun Baru.



Sedang impak musim melancong akhir tahun dan kenaikan kes-kes Covid-19 terkini di China sedang dipantau, Singapura boleh mengambil langkah-langkah terakhir untuk menarik balik semua sekatan sekiranya situasi di sini kekal stabil, kata Encik Lee.



"Kita perlu banyak berterima kasih kepada 2022.



"Selepas bertarung dengan Covid-19 selama hampir tiga tahun, keadaan kian kembali normal... Namun, saya galakkan semua orang untuk memastikan anda mendapatkan vaksinasi terkini, dan melindungi diri dengan vaksin bivalen terbaru," tambah beliau.



Sepanjang setahun lalu, hampir kesemua sekatan berkaitan pandemik di Singapura telah dilonggarkan, meskipun pemakaian pelitup masih diperlukan di kemudahan penjagaan kesihatan, rumah jagaan penghuni dan pengangkutan awam, dan terdapat had-had yang dikenakan ke atas lawatan ke hospital dan rumah jagaan.



Dalam satu kenyataan semalam, Kementerian Kesihatan (MOH) menyatakan bahawa daya tahan tinggi negara ini terhadap Covid-19, kemudahan rawatan terbaru, dan peluasan kemudahan penjagaan peralihan bermakna negara ini dalam satu kedudukan lebih kukuh untuk hidup dengan virus tersebut.



Namun MOH berkata ia sudah bersedia pertingkatkan langkah kesihatan sempadan sekiranya perlu, di sebalik kebimbangan orang awam menyusuli jumlah jangkitan Covid-19 yang banyak di China sedang negara itu merancang membuka semula sempadannya mulai 8 Januari ini.



Encik Lee turut memberi amaran akan kemelut sekitaran antarabangsa, dan berkata bahawa Singapura perlu bersedia untuk sebarang ketidaktentuan dalam tahun baru ini.



"Konflik Russia-Ukraine berterusan, tanpa huraian yang baik dapat dilihat.



"Ketegangan antara Amerika Syarikat (US) dengan China dijangka berterusan.



"Betapa pantas China pulih daripada Covid-19 belum pasti, sedang US dan Kesatuan Eropah (EU) mungkin akan mengalami kemelesetan ekonomi," tambahnya.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >