Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: Rombakan Kabinet dijangka diumum awal Jun

May 15, 2022 | 05:30 AM



ROMBAKAN Kabinet dijangka berlaku awal bulan depan, dengan Menteri Kewangan, Encik Lawrence Wong - yang sudah dikenal pasti sebagai pengganti Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong - dijangka dinaik pangkat menjadi Timbalan Perdana Menteri.



Encik Lee berkata perubahan Kabinet sedang diusahakan dan beliau jangkakan akan mengumumkan perubahan itu selepas beberapa lawatannya ke luar negara.



"Saya sedang mengusahakannya. Saya perlu memberi tumpuan kepada lawatan ini dan saya mempunyai satu lagi lawatan dalam masa dua minggu, untuk ke sidang Nikkei.



"Tetapi saya sedang mengusahakannya dan berharap akan melakukannya setelah selesai lawatan saya iaitu awal Jun," kata Encik Lee kelmarin.



Beliau berkata demikian di penghujung lawatannya ke Amerika Syarikat apabila ditanya wartawan Singapura mengenai perubahan Kabinet.



Encik Lee ditemui media selepas Sidang Puncak Khas Asean-Amerika Syarikat di Washington yang berakhir kelmarin.



Beliau berangkat dari Washington semalam.



Encik Lee dijadual berucap di Sidang Antarabangsa ke-27 mengenai Masa Depan Asia pada 26 dan 27 Mei anjuran kumpulan media perniagaan.



Bulan lalu, Encik Wong diumumkan sebagai ketua pasukan generasi keempat (4G) pemimpin politik, sekali gus membuka laluan untuknya menjadi perdana menteri Singapura seterusnya.



Encik Lee berkata beliau akan menyerahkan jawatan kepada Encik Wong apabila bakal penggantinya itu bersedia.



Peralihan kepimpinan itu, kata Encik Lee, akan mengambil kira tarikh Pilihan Raya Umum (GE) selanjutnya, yang perlu diadakan menjelang November 2025.



Apabila ditemui media kelmarin, Encik Lee turut ditanya mengenai kemajuan yang dicapai dalam sidang puncak khas di Washington itu.



Encik Lee berkata sidang puncak itu bermakna sedang ia berlaku di tengah-tengah serangan Russia ke atas Ukraine, pandemik yang berterusan, serta ketegangan antara Amerika dengan China.



"Di tengah-tengah semua ini, Amerika memberi tumpuan kepada Asean dan membawa pemimpin Asean ke sini dan memupuk hubungan itu dan mengembangkannya lebih jauh, saya fikir ini menunjukkan bahawa Amerika menghargai kerjasamanya dengan Asean, Asia Tenggara, dan mereka mahu melakukan lebih banyak dengan kami," katanya.



Beliau turut menarik perhatian tentang peranan Amerika yang membina dan amat diperlukan, di rantau ini.



Isu pertikaian di Laut China Selatan turut dibincangkan dalam sidang puncak Asean dan Amerika itu.



Berucap dalam satu sesi di sidang itu, Encik Lee berkata langkah mengekalkan kebebasan navigasi bagi semua pihak di Laut China Selatan adalah penting bukan sahaja kepada negara yang menuntutnya, bahkan kepada masyarakat antarabangsa, memandangkan jumlah perdagangan yang melalui perairan itu.



Brunei, Malaysia, Filipina dan Vietnam menuntut beberapa kawasan perairan yang bertindih dengan tuntutan China.



Beijing menuntut sehingga 90 peratus perairan yang dipertikaikan itu berdasarkan sejarah tetapi tribunal timbang tara antarabangsa memutuskan pada 2016 bahawa China tidak mempunyai asas undang-undang untuk menuntut hak bersejarah ke atas sumber laut.



Amerika telah mengkritik China kerana melanggar undang-undang antarabangsa serta menakut-nakutkan serta memaksa negara di Asia Tenggara yang menuntut perairan itu, tetapi ini dinafikan Beijing.



Laporan lanjut: Asean-AS janji tingkat hubungan kerjasama




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >