PM Lee: S’pura bertanggungjawab perjelas, tangani isu yang jejas kedaulatan

APABILA isu penting timbul yang memberi kesan kepada kedaulatan Singapura, Republik ini bertanggungjawab untuk mengetengahkan ehwal sedemikian, menanganinya, dan menjelaskan kedudukannya, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong.

Melakukan hal itu amat penting lebih-lebih lagi jika keselamatan atau kepentingan asas lain mengenai kedudukannya di dunia – seperti kedaulatan undang-undang antarabangsa dan huraian aman dalam pertikaian – dipertaruhkan, katanya.

“Sekiranya kita tidak berdiri dan menyatakan kedudukan kita, anda tidak boleh sembunyi dan berharap tiada siapa yang akan melihat anda,” katanya dalam wawancara bersama wartawan Singapura  semalam (10 Julai) untuk menggulung lawatan kerja selama enam hari ke Jerman, termasuk ke Puncak Pemimpin Kumpulan 20 (G-20) .

“Itulah cara Singapura perlu melaksanakan dasar luar negara kita.”

Encik Lee telah ditanya tentang peranan negara kecil dan kepentingan dimasukkan dalam proses seperti G-20.

Galeri Foto