Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee sampaikan amanat Hari Kebangsaan pada 8 Ogos

Aug 05, 2021 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong akan menyampaikan Amanat Hari Kebangsaan dalam satu siaran pada 8 Ogos, kata Pejabat Perdana Menteri (PMO) semalam.



Beliau akan menyampaikan ucapan dalam bahasa Inggeris pada 6.45 petang di saluran CNA.



Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga merangkap Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad, akan menyampaikan amanat tersebut dalam bahasa Melayu pada 8.30 malam di saluran Suria.



Timbalan Perdana Menteri Heng Swee Keat, yang juga Menteri Penyelaras bagi Dasar Ekonomi, akan menyampaikannya dalam bahasa Cina pada 9.45 malam di Channel 8 dan Capitol 958.



Menteri Pengangkutan S. Iswaran akan menyampaikan amanat tersebut dalam bahasa Tamil pada 9 malam di Vasantham dan Oli 968.



Amanat Hari Kebangsaan dalam keempat-empat bahasa itu akan disediakan di laman PMO di www.pmo.gov.sg dan laman YouTube PMO (www.youtube.com/pmosingapore) selepas siaran pertama itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >