PM Lee sampaikan Amanat Hari Pekerja Khamis ini; tiada rapat tahun ini, Berita Setempat - BeritaHarian.sg
Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:08
Isyak
8:19

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Setempat0

PM Lee sampaikan Amanat Hari Pekerja Khamis ini; tiada rapat tahun ini

Apr 26, 2020 | 11:59 PM

PERDANA Menteri Lee Hsien Loong akan menyampaikan Amanat Hari Pekerja Khamis ini, menjelang hari cuti itu pada keesokan harinya.

Mesej itu akan ditayangkan pada 7.30 malam di televisyen dan saluran media sosial, menurut satu kenyataan Kongres Kesatuan Sekerja Kebangsaan (NTUC) pada Ahad (26 April).

Ini termasuk laman Facebook dan YouTube Encik Lee serta NTUC Singapore.

Sementara itu, acara tahunan Rapat Hari Pekerja, yang biasanya menghimpun sekitar 1,500 pemimpin dan rakan kerja kesatuan, tidak akan diadakan tahun ini, sejajar dengan langkah lebih ketat tempoh pemutus litar Covid-19.

Sebaliknya, satu dialog maya bersama Presiden NTUC Mary Liew; Setiausaha Agung NTUC Ng Chee Meng; Menteri Tenaga Manusia Josephine Teo; dan Presiden Persekutuan Majikan Kebangsaan Singapura (SNEF), Dr Robert Yap, akan diadakan.

Discover Malay Home Based Businesses

Sesi dialog itu akan berlangsung selepas Encik Lee menyampaikan Amanat Hari Pekerjanya.

Video Baru

Podcast Baru

Teka Kata

=

Uji pengetahuan anda dalam Perkataan Melayu

Betul!

Salah!

Try the new Halal Food Map