Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee sampaikan Rapat Hari Kebangsaan Ahad

Aug 24, 2021 | 05:30 AM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong akan menyampaikan Rapat Hari Kebangsaan Ahad ini di Mediacorp.



Beliau akan berucap dalam Bahasa Melayu dan Mandarin dari 6.45 petang hingga 7.15 malam, dan dalam Bahasa Inggeris dari 8 malam hingga 9.15 malam, menurut kenyataan Pejabat Perdana Menteri (PMO), semalam.



Rapat Hari Kebangsaan sering dilihat sebagai ucapan politik paling penting kerana ia secara tradisional melibatkan perubahan dasar serta mencartakan hala tuju Singapura.



Tahun lalu, rapat itu dibatalkan disebabkan Covid-19.



Dalam temu ramah bulan lalu, Menteri Kewangan Lawrence Wong menyatakan bahawa rapat itu akan menyentuh langkah untuk terus meningkatkan pendapatan rakyat Singapura, terutama mereka yang berpendapatan rendah.



Ia juga dijangka menyentuh mengenai amalan menggajikan pekerja secara adil dan amalan sumber manusia (HR) agar kedua-dua rakyat Singapura dan karyawan asing saling lengkap-melengkapi, kata Encik Wong.



Encik Wong menyatakan banyak negara juga menghadapi keprihatinan yang sama sama ada pekerja asing akan mengambil pekerjaan mereka dan peluang yang diberikan kepada pekerja setempat, dan keprihatinan itu semakin ketara semasa pandemik ini.



Dalam Amanat Hari Kebangsaannya, Encik Lee akur mengenai kegelisahan terhadap pekerja asing sebagai antara tiga isu yang sukar yang timbul akibat pandemik ini yang perlu ditangani.



Dua lagi isu yang akan diutarakan ialah membantu pekerja bergaji rendah untuk terus maju dan menguruskan isu bangsa dan agama.



Bagi membantu pekerja bergaji rendah, sebuah kumpulan kerja tiga pihak telah membangunkan usulan bagi membaiki peluang dan mutu kerjaya pekerja bergaji rendah.



Ini akan dibina berdasarkan skim Daya Kerja dan Model Gaji Progresif (PWM) bagi meningkatkan pendapatan, dan mewujudkan peluang baru untuk peningkatan dan kemajuan pekerjaan, tambahnya.



Setiausaha Parlimen (Kesihatan merangkap Perhubungan dan Penerangan) Rahayu Mahzam sebelum ini juga menyatakan hal jururawat Islam mengenakan tudung semasa bertugas akan juga diketengahkan semasa Rapat Hari Kebangsaan.



Beliau berkata pemerintah memahami keinginan jururawat Islam mahu mengenakan tudung semasa bertugas, dan ini merupakan sesuatu yang telahpun dibincangkan dan akan diberi tumpuan.



"Ini bukan suatu yang mudah bagi kami tangani. Kami perlu menjalankan perbincangan, perundingan di tahap masyarakat berbeza.



"Kami telah menyatakan bahawa kami akan mengeluarkan kenyataan pada Rapat Hari Kebangsaan," kata Cik Rahayu.



Ikutilah rapat itu secara langsung di laman The Straits Times (ST) serta perkembangan berita di laman dan FB Berita Harian (BH).




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >