Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee sampaikan ucapan Rapat Hari Kebangsaan Ahad

Aug 16, 2022 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, akan menyampaikan ucapan Rapat Hari Kebangsaan tahun ini di ibu pejabat Institut Pendidikan Teknikal (ITE) di Ang Mo Kio Ahad ini, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) menerusi satu kenyataan semalam.



Encik Lee akan berucap dalam bahasa Melayu pada 6.45 petang, bahasa Mandarin pada 7 malam dan bahasa Inggeris pada 8 malam.



Ucapan Perdana Menteri di rapat tersebut dianggap sebagai ucapan politik paling penting setiap tahun kerana ia secara tradisional melibatkan perubahan dasar serta mencartakan hala tuju Singapura.



Dalam amanat Hari Kebangsaannya pada 8 Ogos lalu, Encik Lee menyatakan laluan Singapura ke hadapan tidak mudah dengan pelbagai cabaran geopolitik dan ekonomi seperti hubungan Amerika Syarikat dan China yang semakin tegang, pencerobohan Russia ke atas Ukraine, dan harga makanan dan bekalan tenaga yang meningkat.



Bagi mengatasi cabaran ekonomi, Encik Lee berkata pemerintah sedang berusaha sedaya upaya untuk bantu warga menangani isu kenaikan harga dan sudah pun mengumumkan pelbagai pakej bantuan, yang disasarkan kepada golongan yang paling memerlukan.



Di sebalik cabaran itu, Encik Lee berkata adalah penting untuk Singapura membuat rancangan jangka masa panjang, bukan sahaja untuk lima atau 10 tahun mendatang, tetapi untuk 30 atau 50 tahun dan seterusnya.



Ucapan Rapat Hari Kebangsaan itu akan disiarkan di saluran televisyen dan radio setempat, serta wadah dalam talian termasuk di YouTube PMO, laman Facebook Encik Lee dan laman Facebook REACH.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >