Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee sertai majlis buka puasa bersama 300 jemaah di Masjid Al-Khair

Masagos gembira lihat ramai jemaah penuhi masjid pada Ramadan kali ini setelah bertahun tidak bersama akibat pandemik
Apr 07, 2023 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, telah menyertai acara berbuka puasa dengan masyarakat Melayu/Islam di Masjid Al-Khair di Teck Whye Crescent pada 6 April.



Encik Lee tiba di masjid tersebut sekitar 6.35 petang dan disambut Menteri Bertanggungjawab bagi Ehwal Masyarakat Islam, Encik Masagos Zulkifli Masagos Mohamad; Presiden Majlis Ugama Islam Singapura (Muis), Encik Saat Abdul Rahman; Ketua Eksekutif Muis, Encik Kadir Maideen; dan Pengerusi Masjid Al-Khair, Encik Fa'izal Abdul Rahim.



Semasa di sana, beliau dibawa di sekitar masjid oleh Lembaga Pentadbir Masjid (LPM) Al-Khair untuk melihat Tembok Warisan yang memaparkan sejarah masjid tersebut.



Beliau juga sempat berinteraksi dengan sukarelawan masjid dan diberikan taklimat oleh pegawai agama masjid, Ustaz Muhammed Faheem Abdul Khalil, tentang inisiatif digital yang telah dimanfaatkan oleh pihak masjid untuk mendekati masyarakat.



Semasa ditemui media, Encik Masagos berkata beliau amat gembira melihat ramai jemaah datang ke masjid tahun ini untuk beribadah sepanjang Ramadan setelah bertahun tidak dapat bersama dek pandemik Covid-19.



"Alhamdulillah, kita telah pun melewati separuh bulan Ramadan dan saya harap semua dapat menjalani ibadah Ramadan dengan menunaikan tarawih dan beriktikaf di dalam masjid dengan tenang, dan sekali gus lebih meriah kerana kami telah keluar daripada pandemik Covid-19 bersama-sama.



"Dengan itu, marilah kita terus meningkatkan ibadah dengan sifat rahmah kepada sesama manusia, tidak kira bangsa atau agama"



Encik Masagos juga mengalu-alukan kunjungan Encik Lee ke masjid sempena Ramadan ini.



"Saya gembira sekali melihat interaksi PM Lee bersama jawatankuasa masjid, sukarelawan dan masyarakat umum. Beliau begitu ramah tamah dengan mereka, dan mereka menerima kehadiran beliau ke acara buka puasa dengan lapang dada dan gembira sekali," tambahnya.



Lebih 300 jemaah, termasuk kaum Hawa dan belia, serta rakan masjid berbilang agama dan bangsa turut serta dalam acara berbuka puasa itu. Beberapa Anggota Parlimen (AP) Melayu/Islam juga turut hadir.



Mereka termasuk Menteri di Pejabat Perdana Menteri, Dr Mohamad Maliki Osman; Menteri Negara Kanan (Tenaga Manusia merangkap Pertahanan), Encik Zaqy Mohamad; dan Menteri Negara (Ehwal Dalam Negeri merangkap Pembangunan Negara), Profesor Madya Dr Muhammad Faishal Ibrahim.



Turut serta ialah Mayor CDC South East, Encik Mohd Fahmi Aliman; AP GRC Ang Mo Kio, Cik Nadia Ahmad Samdin; dan Anggota Parlimen Dilantik (NMP), Encik Abdul Samad Abdul Wahab



Para AP dan penasihat akar umbi GRC Chua Chu Kang - Menteri Perdagangan dan Perusahaan, Encik Gan Kim Yong; Cik Low Yen Ling; Encik Don Wee Boon Hong dan Encik Zhulkarnain Abdul Rahim - juga turut hadir semasa acara berbuka puasa itu.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >