Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: SG kini lebih baik tapi belum bebas bahaya Covid-19

Sempena 2 tahun pemutus litar, rakyat digesa terus amal tanggungjawab sosial
Apr 08, 2022 | 05:30 AM



DUA tahun selepas Singapura mula melaksanakan tempoh sekatan Pemutus Litar, negara ini berada dalam keadaan lebih baik tetapi ia belum lagi bebas daripada bahaya penyakit itu, kata Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.



Beliau berkata demikian semalam ketika memperingati tempoh dua tahun sejak Singapura melaksanakan tempoh sekatan Pemutus Litar Covid-19 - bermula 7 April 2020 yang kemudian berlangsung hampir dua bulan hingga 1 Jun tahun itu.



"Kita belum lagi keluar daripada keadaan berbahaya. Sistem penjagaan kesihatan kita masih menghadapi beban yang besar, dengan pekerja penjagaan kesihatan bekerja siang dan malam tanpa mengenal penat.



"Sedang kita menyesuaikan diri kepada kebiasaan baru, teruslah bersikap tanggungjawab secara sosial dan peribadi, seperti melakukan ujian apabila tidak sihat, dan mematuhi SMM (langkah pengurusan selamat) sedia ada," kata Encik Lee dalam satu pos di Facebook semalam.



Singapura mula melaksanakan tempoh sekatan yang dikenali sebagai Pemutus Litar dua tahun lalu apabila negara ini menghadapi kenaikan kes Covid-19 yang tidak berkaitan. Ia merupakan keputusan yang "sukar dan mendadak" untuk mengurangkan kes jangkitan dan melindungi nyawa, kata Encik Lee.



Kedai dan perniagaan ditutup, ramai pekerja mula bekerja dari rumah, manakala sekolah melaksanakan pembelajaran di rumah secara sepenuhnya.



"Jalan raya kita menjadi senyap. Ia merupakan perubahan yang mencetus gangguan. Sektor utama berhenti beroperasi, dan ekonomi kita terjejas. Dalam situasi sukar ini, warga Singapura kekal bersatu padu dan berdaya tahan," ujar Encik Lee.



Beliau memberi contoh jiran tetangga yang membeli makanan dan barang runcit untuk mereka yang menghadapi kesukaran berbuat demikian, manakala relawan pula menggembleng tenaga menghulurkan bantuan kepada golongan yang mudah terjejas.



Pemerintah pula melaksanakan langkah sokongan kewangan yang menyeluruh untuk menyelamatkan mata pencarian dan perniagaan, kata Encik Lee.



Sementara itu, pekerja penjagaan kesihatan dan pekerja perkhidmatan penting menggalas beban paling berat untuk memastikan negara dapat terus berjalan.



"Hari ini, kita berada dalam keadaan lebih baik. Kebanyakan daripada kita sudah divaksinasi dan menerima suntikan penggalak. Ramai yang telah dijangkiti virus itu dan pulih daripadanya, meningkatkan imuniti penduduk kita," kata Encik Lee.



Pemerintah juga telah melaksanakan langkah pengurusan selamat yang boleh dipertingkat atau dikurangkan mengikut keadaan.



Warga Singapura juga telah bertindak secara selamat dan bertanggungjawab. Encik Lee memberi contoh bagaimana kebanyakan warga masih memilih mahu menggunakan pelitup di luar sebagai langkah berjaga-jaga, walaupun peraturan sudah dilonggarkan.



Selain pemakaian pelitup, beberapa lagi langkah telah dilonggarkan mulai 29 Mac lalu termasuk membenarkan hingga 10 orang berkumpul, serta membuka sempadan Singapura kepada lebih ramai pelawat yang sudah divaksinasi.



Kelmarin, sebanyak 4,467 kes baru Covid-19 dilaporkan, dan seramai 452 pesakit yang berada di hospital. Kadar jangkitan mingguan pula mencapai 0.72, naik sedikit daripada 0.70 pada Selasa. Kadar kurang satu menunjukkan bilangan kes mingguan baru sedang merosot.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >