Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee sorot perincian Pelan Hijau S'pura dalam mesyuarat bersama pemimpin Komanwel

May 24, 2021 | 08:39 PM



SEBAGAI sebuah negara kecil, kesan Singapura terhadap iklim sejagat terhad tetapi negara ini akan memainkan peranannya seberapa yang ia mampu dan menyokong negara lain juga, kata Perdana Menteri Lee Hsien Loong pada Isnin (24 Mei).



"Sedang dunia terus bergelut dengan Covid-19, kita harus tidak harus mengalihkan pandangan kita daripada agenda iklim," kata Encik Lee di satu sesi mesyuarat meja bundar dengan pemimpin negara Komanwel.



"Perubahan iklim adalah ancaman mencemaskan dan sedia wujud dengan semua negara perlu berpaksikan Perjanjian Paris dalam menangani cabaran global terhadap kemanusiaan," tambahnya.



Putera Charles dari Britain adalah tuan rumah mesyuarat ini. Dalam sesi tersebut, Encik Lee telah menggariskan empat aspek Pelan Hijau Singapura 2030 sebagai contoh bagaimana Singapura cuba membangun semula negara ini secara berterusan selepas Covid-19.



Encik Lee menyifatkan Pelan Hijau yang dilancarkan Februari lalu sebagai hala tuju menyeluruh ke arah pembangunan mampan, pengeluaran sifar bersih bahan (karbon) dan ekonomi hijau.



Pertama sekali, Singapua akan mengubah sektor intensif karbon dalam ekonominya, kata Encik Lee.



Dalam bidang kelautan dan penerbangan, Singapura akan mengurangkan jejak karbonnya menerusi automasi, pendigitalan, teknologi bijak dan penggunaan bahan bakar alternatif, katanya.



Dalam aspek tenaga dan kimia, Singapura akan mempertingkat proses penyahkarbonan dan pengoptimuman sumber, tambahnya.



"Sebagai contoh, kami sedang mengubah hab petrokimia, Jurong Island menjadi taman tenaga dan kimia mampan yang mengamalkan teknologi terbaik," ujarnya.



Kedua, Singapura akan mekar sebagai ekonomi hijau. Encik Lee dapati negara ini menyimpan matlamat menjadi hab khidmat karbon dan perdagangan terulung, menyediakan khidmat seperti pembangunan projek, pembiayaan, perdagangan dan pengesahan.



"Syarikat yang melabur di Singapura harus membangun solusi tenaga bersih termasuk garis bijak dan solusi tampungan tenaga yang boleh dibaharui, yang boleh membantu mempertingkat peralihan kita ke arah kenderaan elektrik," tambahnya.



Encik Lee juga memberitahu, Singapura juga bekerjasama dengan rakan kerjasama  industri dan global termasuk Australia dan United Kingdom bagi meneroka teknologi pengeluaran rendah (karbon)," jelasnya. 



Ketiga, Singapura akan menggalak pembiayaan hijau bagi memupuk pembangunan berkesinambungan.



Ini termasuk membiaya usaha peralihan syarikat Asia ke arah bon, pinjaman dan solusi insurans hijau.



"Kami sedang meneroka huraian FinTech bagi membantu syarikat mengukur jejak karbon dan langkah pengurangan.



"Kami juga memudahkan pengasalan dan perdagangan ofset karbon bermutu tinggi untuk menyalur dana ke arah projek pengurangan pengeluaran bahan karbon."



Keempat, Singapura akan membantu syarikat dan pekerja membangun keupayaan dan kemahiran baru.



Singapura sedang melabur lebih AS$18 bilion ($24 bilion) dalam kajian, inovasi dan perusahaan dalam masa lima tahun mendatang, kata Encik Lee.



Negara ini, ujarnya, akan juga melancarkan Program Kemampanan Perusahaan bagi menyokong syarikat dalam pembangunan keupayaan, pengamalan piawaian dan pembangunan produk dan huraian baru.



"Kami juga akan membangun Pusat Kewangan Hijau Singapura yang merupakan kerjasama antara Universiti Pengurusan Singapura dengan Sekolah Perniagaan Kolej Imperial," ujar Encik Lee.



Pusat ini akan mengusahakan program kajian dan latihan yang fokus pada Asia dalam sains iklim, ekonomi kewangan dan pelaburan berkesinambungan.



Encik Lee juga menambah Singapura akan menyokong Britain selaku presiden Sidang Parti (COP26) Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ke-26 di Glasgow, yang dijadualkan berlangsung pada November.



Sebagai contoh bagaimana Singapura merancang menyokong negara lain dalam matlamat perubahan iklim, Encik Lee berkata Republik ini akan menawarkan Pakej Tindakan Iklim berupa bantuan teknikal dalam sains iklim dan tenaga bersih bagi dimanfaatkan negara membangun lain termasuk anggota Komanwel.



 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >