Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee: S'pura perlu elak keretakan masyarakat akibat penuaan penduduk

Apr 12, 2023 | 05:30 AM



DENGAN ramai penduduk Singapura semakin menua, orang ramai perlu mempunyai pemikiran yang betul dan positif untuk mengelakkan keretakan masyarakat yang boleh timbul daripada keperluan yang bersaing dalam kalangan masyarakat merentasi usia.



Berucap di satu acara pelancaran buku pada Selasa, Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong, berkata setiap keluarga harus berhubung dan mendampingi warga emas di rumah manakala majikan perlu menyokong pekerja lebih tua dan memanfaatkan pengalaman dan nilai mereka.



Sebagai sebuah masyarakat, Singapura juga mesti mengukuhkan budaya saling hormat-menghormati terhadap warga emas dengan memahami dan menghargai mereka, dan mengelak stereotaip yang menyakitkan dan membataskan diri, kata beliau.



Encik Lee berkata demikian semasa pelancaran buku Singapore Ageing: Issues and Challenges Ahead yang disunting oleh Profesor Emeritus NUS, Dr S. Vasoo, Profesor Madya Bilveer Singh dan Profesor Madya Srinivasan Chokkanathan, dari Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Universiti Nasional Singapura (NUS), di Rumah Alumni Yayasan Shaw NUS.



Menurut Encik Lee, untuk mengatasi masalah dan implikasi sosial, politik dan penjagaan kesihatan yang disebabkan penuaan penduduk Singapura, pemerintah akan menerajui tiga bidang utama.



Beliau berkata langkah pertama adalah untuk meningkatkan usia persaraan dan pekerjaan semula mengikut trend demografi, kerana ramai warga Singapura yang lebih tua mahu terus aktif dan terus bekerja serta menyumbang.



Pada Julai 2022, usia persaraan dinaikkan kepada 63 tahun, manakala usia bekerja semula dinaikkan kepada 68 tahun. Kedua-duanya akan dinaikkan pada 2030 kepada 65 dan 70 tahun.



Langkah kedua ialah untuk terus memastikan kecukupan persaraan.



"Kita sentiasa mengemas kini skim Tabung Simpanan Pekerja (CPF) supaya ia sesuai untuk tujuan, sejajar dengan peningkatan jangka hayat dan keperluan yang berubah-ubah," kata Encik Lee.



Sebagai contoh, pada 2009, CPF Life diperkenalkan untuk memberikan jaminan pendapatan bulanan seumur hidup kepada orang ramai, manakala pada 2023, perubahan telah diperkenalkan untuk menaikkan siling bulanan CPF untuk semua dan kadar caruman CPF untuk pekerja kanan.



CPF dilengkapi dengan skim seperti Workfare, yang menyokong pekerja bergaji rendah, dan Silver Support, yang memberikan pembayaran tunai kepada warga emas yang berpendapatan rendah, atau mereka yang tiada pendapatan semasa tahun bekerja mereka.



Langkah ketiga ialah memperkukuh sistem penjagaan kesihatan bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat bagi penduduk yang semakin tua.



"Dengan SG Lebih Sihat, kami beralih ke arah penjagaan pencegahan untuk mengurangkan beban penyakit bagi rakyat Singapura. Jika rakyat Singapura dapat kekal sihat lebih lama, ia akan membantu meringankan beban sistem penjagaan kesihatan kita," kata Encik Lee.



Pemerintah juga akan terus melabur dalam membina infrastruktur penjagaan kesihatan baru dan menaik taraf infrastruktur yang ada bagi memastikan penjagaan berkualiti tinggi dan mampu dimiliki untuk semua.



Ia juga akan memperluas rangkaian sosial dan perkhidmatan jagaan jangka panjang dalam masyarakat untuk memenuhi keinginan warga emas, katanya.



Laporan lanjut: PM Lee lancar buku tentang isu penuaan di S'pura




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >