Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee, Sultan Brunei bincang tingkat kerjasama dua hala

Lawatan ke SAF garis hubungan pertahanan erat yang lama terjalin antara Singapura dengan Brunei
Aug 26, 2022 | 05:30 AM



SULTAN Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bertemu Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong semalam, dan mereka mengesahkan hubungan dua hala yang sudah lama terjalin.



Dalam kenyataannya semalam, Kementerian Ehwal Luar (MFA) berkata kedua-dua negara membincangkan untuk mengembangkan kerjasama dua hala dalam pelbagai bidang.



Ini termasuk keutuhan bekalan makanan dan perubatan, tenaga, dan ekonomi hijau.



Hubungan dua negara ini diperkukuhkan lagi dengan termeterainya empat memorandum persefahaman (MOU), kata MFA.



MOU yang ditandatangani adalah Kerjasama dalam Tenaga dan Ekonomi Hijau, Pengukuhan Perdagangan dan Pelaburan Kerjasama dalam Produk Makanan dan Perubatan, Biasiswa Pendidikan Belia Brunei Darussalam-Singapura dan Kerjasama Dalam Pembangunan Keupayaan Perkhidmatan Awam.



MFA berkata lawatan negara ini telah meneruskan rentak pertukaran tinggi antara kedua-dua negara.



Semalam, Encik Lee turut menjadi hos kepada Sultan Hassanal Bolkiah bagi satu jamuan makan tengah hari.



Encik Lee melahirkan perasaan gembira kerana Singapura dan Brunei telah menandatangani empat MOU dalam bidang kerjasama baru.



Mereka bertemu beberapa minggu lalu semasa Encik Lee melawat Brunei untuk sambutan ulang tahun Sultan Brunei yang ke-76.



"Ia amat baik untuk kami bertemu lagi dan mengesahkan hubungan dua hala yang sudah lama terjalin.



"Para pegawai kami telah membuat susulan sejak itu dan saya gembira Singapura dan Brunei telah menandatangani empat MOU dalam empat bidang baru di samping lawatan negara termasuk bekalan dan ekonomi hijau, dan dagangan dan pelaburan dalam makanan dan produk perubatan,'' kata Encik Lee, dalam catatannya di Facebook semalam.



Sultan Hassanal Bolkiah mengadakan kunjungan rasmi dua hari ke Singapura yang berakhir semalam atas undangan Presiden Halimah Yacob.



Dalam lawatan Encik Lee dan isterinya, Cik Ho Ching, ke Brunei bulan lalu, Encik Lee dianugerahi Darjah Kerabat Laila Utama manakala Cik Ho Ching pula menerima anugerah Darjah Paduka Seri Laila Jasa - Kelas Pertama dari Sultan Hassanal Bolkiah.



Semalam, Menteri Pertahanan Dr Ng Eng Hen juga menjadi hos kepada lawatan Sultan Hassanal Bolkiah ke Pangkalan Udara Sembawang Angkatan Udara Republik Singapura (RSAF) tengah hari semalam.



Sultan Hassanal Bolkiah telah diberi taklimat mengenai RSAF, dan menaiki penerbangan suai kenal dalam Helikopter 'Medium Lift RSAF H225M'.



Beliau juga melihat paparan statik Sistem Peluru Berpandu Aster 30, menurut kenyataan Kementerian Pertahanan (Mindef) semalam.



"Lawatan Sultan ke Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) menggariskan hubungan pertahanan yang erat yang lama terjalin antara Singapura dengan Brunei. SAF dan Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) berinteraksi secara kerap melalui latihan, pertukaran profesional, lawatan dan kursus dua hala.



"Pertukaran ini telah meningkatkan profesionalisme kedua-dua angkatan tentera dan mengukuhkan persahabatan dan hubungan antara kakitangan mereka,'' kata kenyataan Mindef.



Awal bulan ini pula, Putera Mahkota yang juga Menteri Kanan di Pejabat Perdana Menteri Brunei, Putera Al-Muhtadee Billah, telah melakukan lawatan rasmi ke Singapura untuk bagi Program Pemimpin Muda (YLP) ke-8 pada Ogos 2022, menurut MFA.



"Sebagai negara-negara kecil, Singapura dan Brunei bekerjasama untuk mengukuhkan daya tahan kita dalam iklim yang tidak menentu.



"Lawatan Negara Sultan ke Singapura adalah satu kesempatan yang sangat baik untuk kedua-dua negara juga membina tunggak tradisi kerjasama, termasuk pertahanan dan kewangan," tambah MFA.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >