LAWATAN AUNG SAN SUU KYI KE SINGAPURA
PM Lee, Suu Kyi bincang cabaran ekon serta perkembangan serantau, dunia
Aug 22, 2018 | 05:30 AM
PEMIMPIN Myanmar Aung San Suu Kyi mengunjungi Perdana Menteri Lee Hsien Loong dan Presiden Halimah Yacob di Istana semalam sempena hari pertama lawatan bekerja empat hari ke Singapura.
Encik Lee dan Cik Suu Kyi mengadakan perbincangan meluas tentang perkembangan serantau dan dunia, termasuk cabaran ekonomi yang dihadapi kededua negara, menurut kenyataan Kementerian Ehwal Luar (MFA) semalam.