Subuh
5:37
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee tekan pentingnya sistem dagangan berbilang berdasar aturan

Nov 15, 2022 | 04:53 PM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, menyatakan kepentingan sistem dagangan berbilang berdasarkan peraturan diperkukuhkan agar semua negara terus menikmati akses kepada komoditi bekalan, makanan dan pertanian semasa krisis, serta mempercepat sasaran mencapai sifar bersih secara kolektif.


Beliau menambah gelombang Covid-19 yang berulang di dunia dan peperangan berterusan Russia terhadap Ukraine telah memburukkan jaminan keselamatan makanan dan bekalan sejagat.


Beliau berkata demikian di sesi kerja pertama bagi Keselamatan Makanan dan Bekalan di Sidang Puncak Kumpulan 20 (G20) pada hari pertama di Nusa Dua, Bali, pada Selasa (15 Nov).


G20 terdiri daripada 20 negara maju dan membangun termasuk Amerika Syarikat, China, India, Indonesia, Russia, Kesatuan Eropah, Jepun, Jerman, Korea Selatan dan Australia. Singapura bukan anggota G20 tetapi diundang ke sidang puncak itu.


Membentangkan tiga saranannya, PM Lee menyatakan keperluan mengukuhkan sistem dagangan berbilang berdasarkan peraturan.

“Singapura mengambil peranan kami sebagai hab logistik, pengangkutan dan bekalan dipercayai dengan serius.


“Kami tidak sabar bekerjasama dengan rakan lain untuk mengekalkan rantaian bekalan sejagat yang terbuka dan bebas,’’ ujarnya.


Menjelaskan kepentingan mempercepat sasaran sifar bersih secara kolektif, beliau berkata perubahan iklim merupakan ancaman kepada keselamatan makanan dan bekalan dalam jangka panjang.


Mengongsi matlamat Singapura, beliau berkata Singapura sedang secara sistematik mencapai sasaran sifar bersih menjelang 2050.

 




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >