Subuh
5:34
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:27
Maghrib
7:08
Isyak
8:21
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee tiba bagi Rahat Pemimpin pertama bersama Presiden Jokowi

Nov 14, 2016 | 12:11 PM



SEMARANG (Jawa Tengah): Perdana Menteri Lee Hsien Loong telah tiba di Wisma Perdamaian di Semarang bagi Rahat Pemimpin pertama bersama Presiden Indonesia, Encik Joko Widodo, di mana mereka akan membincangkan cara memajukan hubungan dua hala dan kerjasama ekonomi antara dua negara mereka.



Encik Lee disambut pada Isnin (14 Nov) oleh Encik Jokowi, panggilan mesra Encik Joko, dan Wanita Pertama Iriana di bekas kediaman gabenor Jawa Tengah, yang kini digunakan sebagai dewan istiadat. Ia dibina pada 1761 oleh Belanda dan Sir Stamford Raffles, pengasas Singapura moden, antara tetamu yang pernah melawat tempat itu.



Mengiringi Encik Lee ialah isteri beliau, Cik Ho Ching, dan sembilan pemegang jawatan politik, termasuk Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Penyelaras Keselamatan Nasional, Encik Teo Chee Hean, dan menteri perdagangan dan perushaan, pertahanan, ehwal luar, dan pendidikan, antara lain.



Rahat itu, yang menyusuli lawatan negara Encik Jokowi ke Singapura Julai tahun lepas, selaras dengan tradisi lama pemimpin dua negara ini bertemu secara tidak rasmi setiap tahun untuk meningkatkan hubungan.



Encik Lee dan Encik Joko akan memulakan rahat itu dengan mengadakan "pertemuan empat mata", sebelum delegasi peringkat tinggi dari Singapura dan Indonesia bertemu bagi perbincangan.



Mesyuarat delegasi dijangka tertumpu pada kerjasama ekonomi serta cara bekerjasama dalam memerangi pengganasan, pembangunan keupayaan dan pelancongan.



Dua pemimpin itu juga akan menyaksikan majlis menandatangani sehingga empat memorandum persefahaman, termasuk satu bagi kerjasama pelancongan antara Kementerian Perdagangan dan Perusahaan dan Kementerian Pelancongan Indonesia.



Perjanjian lain meliputi rancangan bersama-sama membina keupayaan dalam ekonomi digital, hospitaliti dan pelancongan, dan pembangunan bandar pintar di Makassar oleh agensi perdagangan IE Singapore.



Ini akan mengembangkan hubungan ekonomi lama dan kukuh antara Singapura dan Indonesia, yang mencatat perdagangan dua hala sebanyak $58.7 bilion tahun lalu.



Kemuncak rahat itu ialah perasmian Taman Perindustrian Kendal oleh Encik Lee dan Encik Joko.



Projek itu, yang akan dinamakan semula Park by the Bay selepas pelancaran tersebut, adalah usaha sama di Semarang antara Sembcorp Development dan pemaju Indonesia, Jababeka, dan menandakan satu trend baru syarikat Singapura meneroka melangkaui tempat seperti Jakarta dan Batam.



Singapura pelabur asing utama Indonesia tahun lalu, dan berada di landasan untuk mengekalkan kedudukan tersebut tahun ini, selepas mencatat pelaburan AS$7.1 bilion ($10 bilion) dalam tempoh sembilan bulan pertama tahun ini.



Pemerhati menjangka kerjasama ekonomi rapat diteruskan walaupun ketegangan berkala berlaku mengenai isu seperti jerebu rentas sempadan, pengurusan ruang udara dan pengampunan cukai Indonesia.



Dua negara ini memulakan hubungan diplomatik pada 1967. Delegasi dari Singapura dan Indonesia juga dijangka membincangkan cara menyambut ulang tahun ke-50 hubungan dua hala tahun depan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >