Subuh
5:36
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:24
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee ucap takziah buat PM Shinzo Abe menyusuli banjir, tanah runtuh di Jepun

Jul 15, 2020 | 08:38 PM



PERDANA Menteri Lee Hsien Loong mengirim ucapan takziah kepada Perdana Menteri Jepun, Encik Shinzo Abe, di atas musibah banjir dan tanah runtuh yang melanda Jepun baru-baru ini.



Menerusi surat yang kandungannya didedahkan Kementerian Ehwal Luar (MFA) malam ini (Rabu, 15 Julai), Encik Lee melahirkan kesedihannya apabila mendengar tentang hujan mencurah-curah yang turun di kawasan pertengahan dan selatan Jepun yang membawa pada kematian tragik penduduk negara itu. Bencana itu juga menimbulkan kerosakan meluas pada harta benda.



"Bagi pihak pemerintah Singapura, saya menghulur ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga mereka yang terjejas kerana banjir itu. Ingatan kami pada anda (Encik Shinzo Abe) dan penduduk Jepun dalam waktu sukar ini.



"Saya yakin Jepun dapat mengatasi cabaran ini dan tampil lebih bersemangat lagi. Usah teragak-agak untuk memberitahu kepada kami jika Singapura diperlukan dalam kerja-kerja bantuan yang berterusan," jelas Encik Lee.



 



            




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >