Subuh
5:38
Syuruk
6:58
Zuhur
1:04
Asar
4:22
Maghrib
7:07
Isyak
8:18
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

PM Lee ucap takziah kepada isteri pengarah ISD paling lama berkhidmat

Nov 27, 2023 | 08:39 PM



Perdana Menteri Encik Lee Hsien Loong telah menyampaikan ucapan takziah beliau kepada isteri pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (ISD) yang telah berkhidmat paling lama di Singapura, Encik Lim Chye Heng, 93 tahun, yang meninggal dunia pada 21 November lalu.

Dalam surat takziah yang ditujukan kepada isterinya, Puan Tan Chooi Gek, Encik Lee mengimbas kembali beberapa sorotan kerjaya Encik Lim dalam kerja keselamatan dan perisikan, termasuk peranannya sebagai pengarah ISD dari 1975 hingga 1982, dan peranan besar yang dimainkannya dalam perjuangan Singapura menentang komunis pada 1970-an.

Encik Lee berkata dalam surat yang disiarkan di laman Facebooknya pada Isnin, bahawa “Encik Lim memainkan peranan penting dalam mengekang ancaman Parti Komunis Malaya (CPM) yang dihidupkan semula pada 1970-an”.

“Kader komunis bawah tanah dan mereka yang bersimpati memang aktif di Singapura ketika itu - merekrut anggota baharu, menyebarkan ideologinya, dan memberikan sokongan material kepada gerila komunis di Malaysia. Di bawah pengawasan Encik Lim, lebih 700 aktivis komunis bawah tanah telah ditangkap dan dihapuskan dalam operasi keselamatan berturut-turut,” tulisnya.

Encik Lim menyertai Pasukan Polis Singapura pada 1952. Beliau adalah sebahagian daripada skuad pembunuhan seramai lima orang yang ditubuhkan pada 1956 oleh Jabatan Siasatan Jenayah berikutan beberapa pembunuhan, kata Encik Lee lagi.

Salah satu tugas pertama Encik Lim adalah untuk menyiasat serangan bom serentak ke atas tiga balai polis yang dilakukan oleh komunis bawah tanah.

Encik Lim kemudiannya ditempatkan di Cawangan Khas, yang kemudiannya dinamakan semula kepada ISD, pada 1962, apabila CPM menimbulkan ancaman keselamatan yang serius.

“Barisan komunis bersatu telah menyusup masuk ke dalam kumpulan pelajar, parti politik, kesatuan sekerja, dan pertubuhan kebudayaan,” kata Encik Lee, sambil menambah bahawa Encik Lim bertanggungjawab untuk menyiasat dan menjalankan operasi terhadap mereka. Beliau juga menyiasat pelaku sabotaj dari Indonesia semasa Konfrontasi.

Menyusuli penyusunan semula komuniti perisik pada 1966, Encik Lim telah ditempatkan di Bahagian Keselamatan dan Perisikan (SID) di Kementerian Dalam Negeri dan Pertahanan, di mana beliau kemudiannya menjadi timbalan pengarah.

Encik Lim telah dianugerahkan Pingat Pentadbiran Awam (Emas) pada tahun 1973 atas segala sumbangannya.

“Mereka yang bekerja dengan Encik Lim menyebut tentang disiplinnya yang keras, etika kerja yang kuat, dan piawaian yang tegas. Beliau berpegang pada pendiriannya – dan rakan sekerjanya – dengan piawai profesional yang amat tinggi.

“Banyak yang telah disumbang oleh beliau dari segi keselamatan dan perisikan. Kebanyakannya mesti dirahsiakan, agar dapat memastikan kestabilan dan keselamatan negara kita,” kata Encik Lee.

Menurut obituarinya, Encik Lim meninggalkan seorang isteri, tiga anak dan tiga cucu perempuan.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >