Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

SIDANG PUNCAK ASEAN 2021

PM Lee usul bidang perkukuh lagi jalinan Asean, Australia

Berkisar pemulihan lepas Covid-19, pembangunan bandar bijak dan kedudukan Asean sebagai teras dalam isu serantau
Oct 28, 2021 | 05:30 AM



PERDANA Menteri, Encik Lee Hsien Loong, mengalu-alukan kehadiran Australia dalam sidang puncak pertama negara itu bersama Asean, sambil menyatakan sidang itu mencerminkan hubungan kuat, meluas dan mendalam antara dua pihak.



Namun, demi mengukuhkan lagi hubungan tersebut, beliau mengesyorkan tiga perkara yang boleh dilakukan.



Pertama berkaitan pemulihan lepas pandemik Covid-19. Kedua dalam pembangunan bandar bijak; dan ketiga, menegakkan dan menghormati kedudukan Asean sebagai teras dalam isu serantau.



Beliau berkata demikian semasa sidang puncak maya pemimpin Asean bersama Perdana Menteri Australia, Encik Scott Morrison, semalam.



Encik Lee berkata beliau menghargai komitmen teguh Australia berkaitan pengagihan saksama vaksin Covid-19 dan pemulihan serantau, melalui Inisiatif Akses Vaksin dan Keselamatan Kesihatan selain dasar Perkongsian untuk Pemulihan.



"Sedang Covid-19 menjadi endemik, adalah lebih penting untuk kita bekerjasama dan mengumpul sumber kita demi memastikan akses selamat, saksama dan tepat pada masanya kepada vaksin.



"Ini akan membolehkan kita membuka semula sempadan dengan cara selamat dan ditentukur, serta menyambung kegiatan perniagaan dan ekonomi rentas sempadan," ujarnya.



Dalam bidang bandar bijak, Asean dan Australia boleh memperkukuh kerjasama untuk mengambil peluang daripada ekonomi digital yang berkembang.



Mengenai menegakkan kedudukan teras Asean, Encik Lee berkata Asean dan Australia berkongsi pandangan strategik serantau serupa.



"Kami mengalu-alukan jaminan Australia bahawa pakatan Aukusnya bersama Amerika Syarikat dan Britain selaras dengan kedudukan teras dan neutral Asean," ujarnya.



Menyentuh isu Myanmar, Encik Lee meminta pembebasan semua tahanan politik di negara itu, termasuk pemimpin pemerintahan awam, Encik Win Myint dan Cik Aung San Suu Kyi, di samping seorang warga Australia, Encik Sean Turnell.



Sementara itu, semasa berucap di sidang puncak Asean-Jepun, yang turut dihadiri Perdana Menteri Jepun, Encik Kishida Fumio, Encik Lee berkata Asean dan Jepun mempunyai hubungan baik sejak hubungan dialog dimulakan pada 1973.



Jepun dan Asean telah membina asas kepercayaan, saling menghormati dan persahabatan kukuh.



Terdapat kerjasama meluas dalam pelbagai bidang, seperti pencegahan pengganasan, keselamatan siber, keselamatan maritim, kesihatan awam, perubahan iklim, infrastruktur dan pembinaan kapasiti, perubahan iklim, serta bandar bijak.



"Jepun terus menjadi rakan setia Asean dan sumber sokongan dalam tempoh sukar ini. Kami menghargai sumbangan Jepun sebanyak AS$50 juta ($67.4 juta) kepada Pusat Asean bagi Kecemasan Kesihatan Awam dan Penyakit Baru," ujar Encik Lee.



"Sedang kita bersiap memperingati ulang tahun ke-50 hubungan dialog pada 2023, saya yakin komitmen bersama Asean dan Jepun terhadap keamanan dan kemakmuran akan membolehkan kita keluar daripada pandemik ini dengan lebih kuat dan lebih berdaya tahan."



Sidang puncak maya Asean berlangsung selama tiga hari mulai kelmarin. Semasa sidang itu, pemimpin negara anggota Asean mengadakan perbincangan sesama mereka dan juga bersama rakan negara lain, termasuk Korea Selatan, China, Jepun, Amerika Syarikat, Russia, India, Australia dan New Zealand.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >