PERDANA Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak, mengadakan kunjungan hormat ke atas Presiden Halimah Yacob di Istana setibanya di Singapura semalam.
Datuk Najib yang diiringi Menteri Ehwal Luar Malaysia, Datuk Seri Anifah Aman, dan beberapa pegawai kanan lain, disambut Presiden Halimah yang diiringi Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.