CALON Parti Tindakan Rakyat (PAP) di GRC Aljunied mampu menyelesaikan masalah di kawasan undi itu, tegas Perdana Menteri Lee Hsien Loong.
Ini kerana mereka mempunyai ciri-ciri pemimpin yang baik yang disifatkan beliau sebagai 5B - Berwibawa, Berdedikasi, Bersemangat, Berani dan Bertanggungjawab.