PERDANA Menteri Turkey, Encik Binali Yıldırım (berkot), sempat singgah sebentar ke Masjid Ba'alwie semalam, selepas beliau bertemu dengan Perdana Menteri, Encik Lee Hsien Loong.
Encik Yildirim, Perdana Menteri kedua Turkey yang melawat Singapura, disambut oleh Imam Masjid Ba'alwie, Habib Syed Hassan al-Attas (berbaju putih).
Di sana, beliau telah beramah mesra dengan Habib Syed Hassan dan warga masjid lain, sebelum dibawa melihat-lihat bahan pameran di masjid tersebut.
Hubungan antara Singapura dengan Turkey semakin kukuh sejak kededua negara menandatangani perjanjian strategik pada 2014.
Turkey dan Singapura akan menyambut ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik pada 2019.