Subuh
5:38
Syuruk
6:57
Zuhur
1:03
Asar
4:23
Maghrib
7:07
Isyak
8:19
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Podcast #No Tapis bincang radikalisasi dalam talian remaja

Mar 09, 2023 | 05:30 AM



BARU-BARU ini, masyarakat Singapura dikejutkan oleh berita mengenai penahanan dua remaja di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) kerana terlibat dalam kegiatan pengganasan.



Remaja berusia 15 dan 16 tahun itu didapati terpengaruh oleh naratif kumpulan pengganas ISIS dan menyertai wadah permainan dalam talian Roblox, yang konteksnya menyerupai zon konflik fizikal ISIS.



Bagi melihat radikalisasi dalam talian ini, Berita Harian menerusi siri Podcast #No Tapis telah membincangkan bagaimana remaja menjadi sasaran dengan ideologi dan diayah pengganas yang disebar luas dalam alam maya.



Isu ini dibincangkan oleh seorang pengkaji Isu antara Agama dan Berbilang Budaya, Encik Mohamed Imran Mohamed Taib, dan seorang pakar psikologi klinikal, Encik Muhammad Haikal Jamil, yang juga pengasas Impossible Psychological Services.



Perbincangan mengenai perekrutan remaja dalam talian itu dihos oleh Editor Podcast, Cik Shahida Sarhid, dan hos bersama, Penolong Editor, Encik Nizam Ismail. Ikuti pautannya di:



https://open.spotify.com/episode/0aY8xM6DHKNDEAcDlS1tL8?si=QVHy2PLhRQCm…




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >