Subuh
5:35
Syuruk
6:56
Zuhur
1:03
Asar
4:25
Maghrib
7:07
Isyak
8:20
Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu

Pilih perkataan yang betul

1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
< Kuiz sebelumnya
Kuiz seterusnya >
Singapura
27
0

Pofma keluarkan Arahan Pembetulan ke atas The Online Citizen, Facebook SDP kerana siar kenyataan palsu berhubung jumlah penduduk

Jul 04, 2020 | 10:49 PM



PIHAK Berkuasa Alternatif bagi Menteri Pembangunan Negara telah mengarahkan Pejabat Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian (Pofma) agar mengeluarkan Arahan Pembetulan terhadap The Online Citizen Asia berhubung artikel di laman web dan laman Facebook mereka, serta laman Facebook "Parti Politik Suara Rakyat", " Parti Demokratik Singapura (SDP)" dan "Parti Sin Rak Sin".



Ini berkaitan dengan kenyataan fakta palsu yang mendakwa bahawa kenyataan yang dibuat oleh Dr Cheong Koon Hean di Kuliah IPS-Nathan pada 2018 mencadangkan bahawa jumlah penduduk Singapura akan meningkat ke 10 juta menjelang 2030.


Dr Cheong tidak membuat kenyataan yang mencadangkan bahawa jumlah penduduk Singapura akan meningkat menjadi 10 juta menjelang 2030, kata Pejabat Pofma dalam satu kenyataan pada Sabtu (4 Julai).


Pemerintah juga telah beberapa kali menjelaskan rancangan jumlah penduduk Singapura seperti di Parlimen pada Mac 2018 apabila ia menyatakan bahawa jumlah itu berkemungkinan jauh di bawah 6.9 juta menjelang 2030; dalam kenyataan media yang dikeluarkan oleh Divisyen Penduduk dan Bakat Nasional (NPTD) pada Rabu; dan dalam artikel Factually pada Jumaat.


Menurut pejabat Pofma, kenyataan media itu juga menyatakan bahawa penerbitan kepalsuan tersebut merosakkan kepentingan awam dengan menjejas perbincangan yang sah dan jujur, dan tindakan sewajarnya mungkin diambil terhadap sebarang penerbitan lanjut kepalsuan sedemikian.


Walaupun dengan penjelasan terkini itu, kepalsuan tersebut terus diulangi, kata Pejabat Pofma.


Selain itu, Arahan Pembetulan Disasarkan juga telah dikeluarkan kepada Facebook untuk mengenakan notis pembetulan pada catatan Facebook dengan gambar yang membawa kepalsuan yang sama.




Video Baru

Uji pengetahuan anda dalam bahasa Melayu
Pilih perkataan yang betul 1/3
=
Pilih perkataan yang betul
Betul!
Salah!
< Kuiz sebelumnya
Cuba lagi! Bagus! Hebat! Markah anda: Out Of 3
Kuiz seterusnya >